Artis / Selebriti
” Keluar air mata dengar Bulan nyanyi. Suara unik, nyanyian tu sampai ke kalbu.. ” – Komen Netizen

Video Bulan Asyraff Menyanyi Lagu Ku Akui, Nyanyian Asal Hafiz Suip Di Rancangan Gimme The Mic Malaysia Buat Ramai Tersentuh. Nyanyian Yang Penuh Perasaan, Ramai Yang Menangis Dengar Suara Bulan Termasuk Juri. Jarang Orang Ada Suara Unik Macam Ni !!
Rancangan realiti TV nyanyian terbaru, Gimme The Mic Malaysia merupakan program pencarian bakat baru dan diadili oleh 4 orang juri tetap iaitu Ajai, Yuna, Hael Husaini dan Bunga Citra Lestari. Antara peserta yang mencuri perhatian warganet adalah Bulan Asyraff yang pernah menyandang gelaran naib juara Mic On musim ke 2.
Meninjau akaun Tiktok Sooka Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian Bulan Asyraff untuk konsert semalam. Pada minggu ini, Bulan Asyraff mendapat tugasan untuk menyanyikan lagu ciptaan Ajai yang dipopularkan oleh Hafiz Suip berjudul Ku Akui.
Bulan Asyraff memiliki suara yang merdu dan ramai yang menyukai suara peserta ini. Lagu Hafiz dinyanyikan dengan caranya yang tersendiri dan langsung tidak dibayangi oleh nyanyian Hafiz. Bunga juga gagal menahan airmatanya ketika melihat persembahan oleh Bulan Asyraff itu.
Ramai di kalangan warganet memuji keunikan suara Bulan Asyraff itu. Nyanyian dan penghayatan Bulan Asyraff ketika menyanyikan lagu tersebut sampai ke hati warganet sehinggakan membuat ramai yang menangis mendengarnya. Bulan Asyraff ada tarikannya yang tersendiri.
Jom tonton video di bawah :
@sookamalaysia @Bulan Asyraff buat #BungaCitraLestari hujan 😭😭 Strim #GimmeTheMicMY di #sookaMalaysia !
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bulan Asyraff memang suara buat orang menangis. Keluar air mata dengar dia nyanyi.. Pertama kali dengar suara Bulan terpikat sungguh.. unik.. ”
” Memang tersentuh bulan bawak lagu ni. Dia ada vibes Alleycats weh, nyanyi dia tu sampai ke hati.. ”
” Suara dia ade iras-iras Abang Gmie Screen.. Nyanyian tu ikhlas, ada soul budak ni. Nyanyian sampai ke kalbu, auto nangis.. ”
” Glenn fredly Malaysia.. abang ajai buat lagu untuk bulan mesti leh jual punya lagu dan suara dia.. ”
” Serius suara bulan very unik laa.. jarang suara Camni nak ada kat setiap peserta.. nyaman je dekat telinga dengar dan dia feel tu lain macam.. ”
” Aku suka tone suara Bulan Asyraff.. Dengan aku-aku sekali menangis.. Tahniah bulan Asyraff.. ”
” Setakat ni bulan paling padu.. feeling dia lain macam oo.. dengan suara unik. Aku nangis wey tengok dia tadi.. ”
Allah kurniakan Bulan Asyraff suara yang gemersik dan mampu membuatkan sesiapa mendengarnya dijentik rasa sayu. Ajai juga menyukai tone suara Bulan Asyraff itu. Semoga Bulan Asyraff akan mara sehingga ke peringkat akhir dan mencapai kejayaan.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sooka Malaysia, IG Bulan Asyraff
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral6 days ago
” Ya Allah, arwah macam dah dapat rasa dia nak pergi buat selamanya.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Jika bas bergerak kelajuan biasa pun dia takut, apatah lagi jika bas itu bergerak laju.. ” – Kakak Nurly
-
Viral2 days ago
” Demi hendak menyelamatkan sahabatnya, dia rela korbankan diri dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Tengok keadaan pakaian, macam mana lah sakit yang arwah tanggung. Sumpah tak terbayang.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Gambar terakhir arwah bagi saya.. ” – Teman Nur Dalila Farhana
-
Viral4 days ago
” Patut arwah hebat, tak pandang harta dunia. Syurga untukmu Nurly, nama seindah amalanmu.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” AllahuAkbar dengan kawan lelaki pun soft spoken, bagusnya arwah. Nangis baca surat tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Takdir tak mengizinkan kita jumpa depan-depan, tapi saya tahu awak dengar apa yang saya cerita.. ” – Gadis S