Artis / Selebriti
” Kelakar rupanya Dato’ ni.. ” – Netizen
Video Anak-Anak Anne Ngasri Memberikan Kad Ucapan Hari Lahir Buatan Sendiri Kepada Bapa Mereka. Namun Reaksi Dato’ Mohd Sumali Buat Ramai Terhibur. Part Semak Ejaan Tu Memang Tak Boleh Blah !!
Baru-baru ini, pelakon Datin Anne Ngasri yang kini tidak lagi aktif dalam dunia lakonan meraikan hari lahir suaminya, Dato’ Mohd Sunali bersama anak-anak tersayang. Untuk pengetahuan, pasangan ini telah dikurniakan lima orang cahaya mata.
Sebagai anak, pastinya ingin memberikan hadiah yang istimewa sempena ulangtahun kelahiran bapa mereka. Akhirnya, anak-anak memilih untuk memberi kad ucapan yang dihasilkan sendiri khas buat si bapa. Wahhh kreatif sungguh anak-anak Anne ni.
Sudah tentu sebagai bapa, Dato’ Sunali akan tersentuh dengan hadiah istimewa pemberian daripada anak-anaknya ini. Tetapi kebiasaan ayah, tidak mengekspresikan apa yang dia rasa. Walaupun nampak serius orangnya, pastinya ada rasa teruja dan gembira di dalam hati.

Menerusi akaun Instagram, Anne telah memuatnaik video anak-anaknya ini memberikan kad hari lahir kepada bapa mereka. Namun reaksi Dato’ Sumali buat ramai terhibur apabila beliau menyemak satu persatu ejaan yang ditulis anaknya dalam kad tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen terhibur menonton gelagat anak-beranak ini. Antara komen-komen mereka :
” Dah mcm cikgu skolah check spelling.. “
” Hahaha.. Sweet.. Papanya pun banyak naw komplen.. “
” Kelakar rupanya dato ni. Gelak je tgk video anne ni. Hb dato.. “
” Haha so sweet. Ayah siap ckp kjap ayh kjp daddy.. Kjp papa.. “
” Adoi. Papa check spelling pula. Baca mcm baca proposal.. “
” Comel je semua.. Gelak sy tgk.. “
Ceria dan meriah sungguh keluarga Anne dengan gelak tawa anak-anak. Tak sangka Dato’ juga kelakar orangnya. Dah macam cikgu sangat, habis dibeleknya segala ejaan. Semoga Anne Ngasri terus bahagia bersama suami dan anak-anak tercinta.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anne Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen

