Artis / Selebriti
” Kelakar lah Bang Long ni kan, sikit tu je dia goyang bahu, haha.. ” – Komen Netizen
Fattah Amin kongsi video terbaru trend lagu Putri Iklan di Tiktok buat ramai terhibur. Alamak Bang Long, macam tu je dia goyang bahu dan badan, kaku betul. Mesti Kak Long cakap ‘jangan aneh-aneh Fattah’ bila tengok video ni, haha..
Fattah Amin antara nama selebriti yang menjadi sebutan ramai. Selain karier seninya yang semakin bersinar, kisah Fattah bersama Amira juga antara topik perbualan hangat yang diperkatakan. Sejak akrab bersama Amira, Fattah sering mempamerkan kegembiraan yang disukai oleh warganet.
Meninjau entry terbaru di akaun Tiktok Fattah Amin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Fattah yang tidak pernah dilihat oleh para peminatnya. Berlatarbelakangkan suasana bukit dan menggunakan lagu yang popular di Tiktok berjudul Putri Iklan.
Fattah berdiri dan memandang ke arah kamera sambil menggoyangkan bahunya mengikut rentak lagu tersebut. Kapsyen Fattah di posting ini berbunyi ‘kaku kali yaa’ menghiburkan warganet. Memang kaku sungguh Fattah berjoget, sedikit sangat pergerakan badannya.

Fattah memang diketahui umum pemalu orangnya. Sebelum video itu berakhir, Fattah sendiri tergelak. Comel sahaja kelakuan Fattah sekarang. Warganet mengatakan gaya Fattah dalam video ini seperti gaya Shah Rukh Khan. Makin tampan dan berseri-seri Fattah, mungkin mini love itu ditujukan untuk ‘si dia’.
Jom tonton video di bawah :
@fattahamin Kaku kali yaa.. 🫰
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Lawak pulak rasa, Fattah tak pernah sebegini haha. Walaupun kaku tapi kita terima… lepas ni Ipan ada boleh ajar.. bahagia cara Fattah, kita tengok pun sama happy.. “
” Nanti kak long ws pesan “awak jangan aneh-aneh ye Fattah Amin” .. Nampak bahagia Fattah sejak kebelakangan ni yer.. dah macam gaya SRK ni.. “
” Kak Long, tengok bang long ni.. Dah goyang goyang bahu pulak haha.. lain macam kan bang long skarang.. “
” Kaku pun kaku lah bang long janji ada mini love.. Uishh.. lain maciam ek bang long skrg ni.. kak long tgk ni bang long gedik2 plak dia haha.. “
” Abg long skrg ni lain mcm btl nmpknya ye… happy semacam je. Ada butterfly dlm hati tu ye.. fattah dah lain sekarang ni,bahagia je, betul2 jd diri sendiri.. “
” Kelakar lah bang long ni kan, sikit tu je dia goyang bahu haha.. tp tersangkut lak kita duk ulang-ulang tengok video ni.. “
” Dia ingat dia shahrukh Khan.. Hahhaha abang long abang long.. Fattah Amin ni dah rosak lah.. banyak kali aku repeat haha.. makin hari makin kelakar.. “
” Kemain happynya dia, alhamdulillah.. dia joget2 skit2 dah nampak hensem.. hahaha,ya ampunnn.. fatahhhh ka ni.. dh mcm x jmpa jln blk dh dia ni.. “
Fattah sekarang bukan lah Fattah yang dulu. Kini Fattah sudah mula berkongsi content video yang menghiburkan seperti ini. Semoga Fattah terus gembira dengan kehidupannya dan menemui bahagia yang diimpikan. Agaknya apa komen Amira apabila menonton video ini, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga1 day ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

