Artis / Selebriti
” Kalau pandang wajah, tak sangka minat genre lagu macam ni. Hehe.. ” – Netizen
Video Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tunjuk Bakat Bermain Gitar Raih Perhatian Ramai. Wah Ada Bakat Terpendam Rupanya Tengku Zafrul Ni. Cita-Cita Tak Kesampaian Ye Tengku !!
Wajah dan nama Menteri Kewangan Negara, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memang dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia. Seorang yang aktif bersukan, Tengku Zafrul juga sering berkongsikan video dan gambar melakukan aktiviti larian sebagai senaman untuk menjaga kesihatan.
Meninjau akaun Instagram Tengku Zafrul, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Tengku Zafrul bersama Menteri Kewangan Singapura, Lawrence Wong. Kedua-duanya memegang sebuah gitar setiap seorang dan memainkan alat muzik tersebut.
Siapa sangka Tengku Zafrul rupa-rupanya pandai bermain gitar. Kata Tengku Zafrul di kapsyennya, ketika zaman mudanya dahulu cita-citanya ingin menjadi rock star, namun cita-cita tidak kesampaian dan akh1rnya menjadi Menteri Kewangan.

Seronok warganet mendengar petikan gitar gabungan Menteri Malaysia dan Singapura ini. Tengku Zafrul dan Lawrence Wong memainkan lagu evergreen berjudul Wonderful Tonight daripada Eric Clapton yang popular sekitar tahun 70-an dahulu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Tengku Zafrul ini telahpun mendapat perhatian daripada warganet dan antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :
” Menteri kewangan boleh main gitar. Kalau pandang wajah, tak sangka ada jiwa slow rock. Multi talented Tengku.. “
” Wonderful tonight. wow hebatt ada bakat terpendam rupanya. both menteri very talented but how about singing hehe.. “
” Lagu faveret karaoke ni… eric clapton. Steadylah Tengku, makin ramailah peminat Tengku Zafrul lepas ni.. “
” Terbaik lah, wonderful tonight by eric clapton tu. Lagi hebat ni, padulah Tengku Zafrul.. “
” Wow rock star Tengku, mantaplah. legend ni dato. Ingatkan tengku Zafrul tak minat genre lagu macam ni hehe.. “
” Wow mantap dan sempoilah Tengku Zafrul ni. Eric Clapton wonderful tonight bukan kaling kaling.. “
” Super cool, pandai Tengku Zafrul main gitar. Terbaiklah serba serba boleh ni, Sukan pun hebat, muzik pun boleh tahan. Nak dengar Tengku menyanyi pulak la nanti ye hehe.. “

Terbaiklah Menteri Kewangan Malaysia dan Singapura ini apabila bergabung, dua-dua ada bakat bermain gitar. Boleh jamming sama-sama lagi nanti pada masa akan datang. Apa-apa pun, semoga Tengku Zafrul sentiasa gembira dan sihat selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tengku Zafrul , IG Lawrence Wong
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti10 hours ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti1 day ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen

