Connect with us

Artis / Selebriti

” Kaki lembu, nyanyi macam lembu. Tendang bola pun macam lembu, haha.. ” – Tokram

Video Gelagat Nabil Ahmad Training Bola Sepak Buat Semua Tergelak Besar. Gaya Nak Sepak Tu Bukan Main Lagi. Sekali Ending Dia, Terbahak Semua Ketawa. Siap Ketawa Angin Lagi Member. Lawak La Haji Nabil Ni. Terbukti Kaki Bangku, Haha !!

Sebagaimana yang dipromosikan oleh pihak Astro mengenai siri tv, From KL to Premier League, siri ini telah pun bersiaran sejak 20 November yang lalu. Menampilkan Nabil Ahmad sebagai salah seorang selebritinya, banyak peristiwa yang mencuit hati terjadi.

Meninjau akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat salah seorang penyampainya, Nabil Ahmad membuat latihan di padang bola. Kelihatan Nabil sudah bersedia untuk menyepak bola dan keeper juga siap sedia menanti bola hantaran daripada Nabil.

Klik gambar untuk info..

Kedengaran suara beberapa rakan lain yang ada di padang memberikan sokongan kepada Nabil. Ketika Nabil menyepak bola, disangkakan bola akan meluncur laju tetapi rupanya sepakan tersasar. Ni bukan sepak bola Nabil, sepak angin namanya, hehe.

Nabil pula terjatuh ke atas tanah dan semua yang ada di situ tidak dapat menahan ketawa melihat aksi Nabil. Tukang rakam pun cuba menahan ketawa sampai bunyi ketawa anginnya. Mesti nanti Nabil kena bahan dengan rakan konti, hehe.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, lebih 5000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Kaki lembu, nyanyi macam lembu. Tendang bola pun macam lembu haha.. ” – Tokram

” Nabil Ahmad awak dilahirkan sebagai Penghibur hahaha.. 10x ulang 10x aku dk gelak sorang haha.. kau ni kan nabil.. ”

” Nasib baik gv dah habis. kalau tak, mmg sampai habis season la dia kena bahan dgn tokram haha.. Nabil dia memang tak boleh main bola haha.. ”

” Berulang kali aku tgok, sakit perut gelakkn nabil haha.. betul-betul pengkaw sepak haha.. sedor tak sedor 50 kali aku ulang… sakit perut aku gelak… gelak jahat suara tak keluar.. ”

” Ulang banyak kali… sebab nak join ketawa berkali-kali… lawak sungguh la. aku ni pun bergegar rumah ni ha gelak.. 20x ulang tau haha.. ”

” Hahahah geram jeee Nabil. Kaki bangku rupanya.. Adoii sakit perut aku gelak.. Dia Cuba skill Bruno Fernandes ni haha.. ”

Klik gambar untuk info..

” Maaf saya tergelak sama, gaya tu hebat dah tapi ending dia memang ketawa tak ingat dunia haha.. Itu lah namanya teknik Panikka haha.. ”

” Episod ni sumpah berdekah part Nabil jatuh tu haha.. tendangan penalti yang paling rare ni haha.. sebulan tak habis depa gelak membahan nanti.. ”

Sebelum ini memang Nabil pernah mendedahkan yang dirinya tidak pandai bermain bola dan boleh dikatakan kaki bangku. Hari ini memang terbukti Nabil sememangnya kaki bangku. Bukan hanya team Era di padang yang ketawa terbahak, warganet yang menonton pun turut ketawa bersama. Alahai Nabil, haha.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Era

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT