Artis / Selebriti
” Jawapan yang bijak. Selera masing-masing kan, jangan judge.. ” – Komen Netizen
Video pandangan Erra Fazira tentang kenyataan Dato’ Fazley Yaakob mengenai jangan jatuh cinta dengan wanita yang suka lukis kening. Jawapan terbaik, bangga MR E dengar jawapan isteri tersayang..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok IPV TV, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual pihak wartawan bersama Erra Fazira dan suaminya, Ezwan Zain. Erra dan Ezwan ditemui ketika majlis pelancaran Amelia Jewellery, Shah Alam.
Antara soalan yang diajukan oleh pihak wartawan adalah mengenai isu yang ditimbulkan oleh Dato’ Fazley Yaakob iaitu jangan jatuh cinta dengan wanita yang suka lukis kening. Erra menjawab dengan tenang dan cukup tersusun ayatnya. Kata Erra, itu pandangan peribadi Datuk Fazley dan kecantikan ini sesuatu yang subjektif.
Setiap orang mempunyai citarasa tersendiri dan nilai sebenar seseorang terletak pada budi pekerti, bukan pada penampilannya. Bersolek itu hanya lah sekadar luaran sahaja. Erra juga menegaskan, makeup tebal tidak bermakna hati seseorang itu tidak elok, begitu juga sebaliknya.

Apa yang penting, kita tidak boleh mudah menghukum hanya bersandarkan kepada penampilan seseorang. Tambah Erra lagi, dia sendiri perlu bersolek tebal kerana ianya tuntutan kerja. Jawapan primadona memang terbaik dan menjaga hati semua pihak.
Jom tonton video di bawah :
@ipk.tv5 SHAH ALAM, 1.2.26 Artis terkenal Erra Fazira meneg4skan bahawa w4nita tidak wajar dinilai hanya berdasarkan s0lekan, mengulas kenyataan Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Yaakob yang meminta agar tidak bercinta dengan w4nita yang gem4r melukis kening. Menurut Erra, beliau menghrmati pand4ngan itu namun menging4tkan bahawa s0lekan tidak mencerminkan keperibadian sese0rang. “Make up hanyalah luaran dan tidak boleh disamakan dengan karakter. Ramai yang bermekap tebal tetapi hati dan akhlaknya baik,” katanya. Beliau turut menegaskan bahawa nilai sebenar seseorang terletak pada budi pekerti, bukan pen4mpilan. “Jangan mudah menghukum. Yang penting adalah hati budi,” jelasnya.
Perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Pandangan bangga Mr E bila dengar wife jawab dengan bijak.. Erra bijak memberi pendapat… tidak menyentuh/menyakiti hati sesiape. Tu lah Mr. E pernah cakap isteri kesayangan dia ni bijak.. “
” Erra ni positif je.. setuju sangat apa Erra cakap.. order lain, dapat lain.. suka tengok cara suami erra pandang erra, love.. “
” Bijak jawapan Erra.. bangga orang sebelah tu tengok.. pandangan bangga dan bahagia.. cita rasa manusia tak sama.. apa salah wanita yg macm tu.. lukis kening… bagi saya.. biasa ja.. “
” Senang kerja mr e. senyum je dah senangkan hati erra fazira.. betul, bijak jawapan Erra.. setuju sangat sangat.. itu semua tak mencerminkan budi pekerti.. “
” Erra, Misha dan Tokti.. Kalau bercakap cukup cukup berhati-hati.. sangat tersusun kata-katanya.. pendapat tanpa judge dan tidak menyakiti.. bertuah mr e dapat erra.. “
” Betul apa yg erra cakap ni. yg ckp lembut² pun xsemesti hati dia lembut. Sopan pura² pun ramai. kita bolih tgk airmuka n cara dia.. “
” Terbaik, mantap jawapan Erra.. jawapan yang bijak. selera masing-masing kan.. jangan judge sebab penampilan bukan tunjukkan budi pekerti seseorang.. “
Satu pandangan yang positif daripada Erra. Jawapan yang tidak merendahkan orang lain dan tersusun kata-katanya. Betul kata Erra, makeup tidak boleh disamakan dengan karakter seseorang. Budi pekerti sesuatu yang tidak dapat dinilai dari rupa paras semata-mata.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok IPV KL
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Ayat mama pun padu berapi, mana papa tak sentap. Terus sedar diri, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa
-
Artis / Selebriti1 day ago” Cantiknya, macam Che Puan Khaleeda bakal menantu Abby.. ” – Komen Netizen

