Artis / Selebriti
” Ingatkan guna apps mirror tadi, seketoi sama, haha.. ” – Netizen
Video Pak Ya Bersama Kembar Seirasnya, Yang Sharkawi Ketika Berlakon Dalam Sepahtu Reunion Telah Raih Perhatian Ramai. Wah Mana Satu Pak Ya Ni, Cara Gelak Pun Sama Dua-Dua !!
Meninjau di akaun Instagram Zon Lawak telah dikongsikan video yang memaparkan Pak Ya bersama kembarnya. Menerusi video tersebut, buat pertama kalinya Pak Ya dan kembarnya, Yang Sharkawi berlakon bersama-sama dalam rancangan Sepahtu Reunion Live.
Wartawan telah bertanyakan kepada mereka berdua, yang mana satu Pak Ya yang sebenar kerana kedua-duanya sangat mirip lebih-lebih lagi mereka memakai pakaian dan rambut palsu yang sama sehingga tidak nampak beza antara mereka. Pak Ya dan Sharkawi saling menuding jari antara satu sama lain untuk membuktikan mereka bukan Pak Ya yang sebenar.
Akhirnya Pak Ya telah memberitahu sebelah kirinya adalah abangnya. Pak Ya juga meluahkan rasa teruja dapat berlakonan bersama kembar seirasnya secara live. Akui Sharkawi, saat ini dinantikan olehnya untuk berkongsi dirinya adalah kembar Pak Ya kepada semua peminat Pak Ya yang sebelum ini bertanya adakah benar Pak Ya mempunyai kembar.

Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan tidak dapat membezakan Pak Ya dan Sharkawi kerana mereka kelihatan begitu seiras. Sehingga kini, video Pak Ya bersama kembarnya telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai gelagat Pak Ya bersama kembarnya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ingatkan guna apps mirror tadi, seketoi sama, hahaha.. Tahi lalatnye sama.. Tp blh cam Pak Ya yg mana… Sbb kembarnya kan GB, nampak tegas nye.. Pakya diam pun dah kelakar.. “
” Tgk Sepahtu malam ni seyes mmg best g1ler especially part Pak Ya punya kembo tu mmg berdekah gelak anak beranak ape pun.. “
” Seiras betul ye.. Gigi dan suara pun serupa.. Takde satu pun beza, semuaa samaa.. Comel lah tengok Pak Ya dan kembar.. “
” Bila cikgu bercakap. Kat mana2 maintain nada cikgu tu.. Nada dia tu dengar tegas walaupun tgh buat kelakar, heheehe.. “
” Memang sebijik orang kabor tahi lalat kat bawah mata sama.. Bila pakai rambut palsu tu, dua2 nampak dah iras2 imuda, hahahaa.. “
” Masalahnya skrg taik lalat pon sama mcm mna nk cam nya.. Yg kanan tu abg, Cikgu Yang Syakarwi nama dia, bekas cikgu sekolah menengah sy dulu.. “
” Wahh ni dah macam upin ipin tapi versi ada rambut dan misai, hahahaha sama betul lah.. Pening sekejap tgk video ni.. “
Difahamkan abang Pak Ya ini merupakan seorang bekas guru dan bekas pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) . Apa-apa pun semoga kedua mereka terus berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG zonlawak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen

