Artis / Selebriti
” Ingat baju chef nak masak dimsum kat sana sis, haha.. ” – Netizen
Muatnaik Video Percutian Di Tokyo, Namun Telatah Sheila Rusly Dan Suaminya, Jinggo Memakai Baju Tidur Yang Disediakan Oleh Pihak Hotel Buat Ramai Terhibur. Nasib Bagitahu, Kalau Tak Memang Ingat Baju MasterChef Lah !!
Sebut sahaja nama Sheila Rusly memang ramai yang mengenalinya. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah Sheila juga antara pengarah drama yang berjaya. Bagi sesiapa yang mengikuti Sheila di Instagram, pasti mengetahui yang Sheila seorang yang suka berkongsi kehidupan hariannya buat tatapan peminat.
Terbaru, Sheila telah memuatnaik naik video yang memaparkan Sheila bersama suami tersayang, Jingga atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Sidang pergi bercuti. Difahamkan pasangan ini kini sedang berada di Tokyo, Japan.
Satu video lain telah memaparkan mereka berada di hotel. Sheila dan Jinggo telah memakai baju tidur yang telah disediakan oleh pihak hotel. Namun apa yang telah menarik perhatian umum adalah design baju tidur tersebut.

Berwarna putih dan mempunyai butang penuh sehingga ke leher membuatkan ramai yang sangkakan baju yang dipakai oleh Sheila dan Tok Sidang adalah baju chef. Namun telah dikongsikan Sheila pada tulisan di video mengatakan baju tersebut adalah baju tidur.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur melihat telatah Sheila dan Tok Sidang. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ingat baju chef nak masak dimsum kat sana sis, haha. Jimat lah baju tidur lepas ni, sebab dah ada baju dalam bilik hotel.. “
” Happy Holidays sis n husband. M4ti2 ingat baju chef kot sis ada program memasak di Tokyo. Sekali baju tidur da.. “
” Amboi datuk dan nenek Cik Bunga nie honeymoon nampak, hehehe. Comel lah tengok datuk dan nenek Cik Bunga buat video.. “
” Ingatkan baju chef chef, macam ni time tido pon mimpi tengah masak lah jawabnya, hahaha memang rare design baju tu.. “
” Macam baju chefs comey jer uolls atuk nenek Bunga,. Happy holidays, bestnya dapat bercuti di Tokyo.. “
” Have a good break Sis, enjoy your holiday. Sementara sihat ni padatkan kenangan yang terindah bersama tersayang.. “
” Ya Allah, comel betul lah sis n husband. Kita yang tengok video ni pun tersenyum tau, tak pernah tak sweet lah korang. Btw baju tu memang sebiji baju chef, hehe.. “
Sekali pandang memang ingat baju chef, menarik juga design baju tidur di hotel Tokyo. Apa-apa pun selamat bercuti buat Sis Sheila dan Tok Sidang. Semoga percutian tersebut dan memberikan kenangan yang manis buat kalian.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sheilarusly_jspictures
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti11 hours ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti1 day ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen

