Connect with us

Artis / Selebriti

” Ikut nangis tengok Shuk peluk Tya, anak-anak dan Sharnaaz.. ” – Netizen

Video Shukri Yahaya Dihantar Ke Lapangan Terbang Untuk Mengerjakan Umrah Buat Warganet Tersentuh. Sayu Tengok Shuk Peluk Tya, Anak-Anak Dan Sharnaaz Tu. Part Last Malique Dengan Ameena Panggil Ayah Tu, Alahai Sebaknya !!

Beberapa jam yang lalu, pelakon lelaki popular Shukri Yahaya telah pun berlepas ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan ibadat umrah. Shukri ada memaklumkan mengenai umrah ini ketika membuat live bersama sahabat baiknya, Sharnaaz Ahmad baru-baru ini.

Meninjau akaun Instagram Tya Adnan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Tya bersama anak-anak dan saudara mara terdekat menghantar Shukri ke lapangan terbang. Sebelum bergerak ke lapangan terbang, Shukri singgah ke rumah bapa Tya untuk bersalaman.

Seperti orang lain, perasaan sedih dan sayu pasti ada kerana bakal berjauhan. Sebelum Shuk masuk ke pintu pelepasan, Shuk memeluk Tya dan anak-anaknya. Shuk memang suami dan ayah yang penyayang dan ini membuatkan warganet yang melihat tersentuh hati.

Tidak ketinggalan yang menghantar Shuk adalah Sharnaaz dan sahabat baik ini turut berpelukan. Semua menanti sehingga Shuk tidak lagi kelihatan. Part last, warganet berasa sebak apabila mendengar Malique dan Ameena mengucapkan ‘bye ayah’ dari dalam kereta.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 34 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Part Shuk pel0k Tya dengan anak-anak tu meleleh air mata kita tengok. Penuh rasa kasih sayang yang tulus ikhlas.. nampak x fake.. nampak btl2 dia syg wife dia.. ”

” Sed1h tengok Shuk dan Mamu.. Semoga bff ni kekal ke jannah.. Ikut nang1s kita tengok.. Semoga selamat pergi dan balik Shuk.. Selamat menunaikan ibadat umrah.. ”

” Semaga dapat umrah mabrurah syukri dan kakaknya . InsyaAllah psni bwak tya dan ank2 serta ibunya pula.. ”

” Semoga Selamat pergi Dan pulang Dan semoga beroleh Umrah mabrur.. jujur ckp suka tgk this couple wpun pasangkan yg halal tp still jaga adab utk bermesra di area public.. tya still malu2..suka tgk.. ”

” Ikut nang1s tengok Shuk pelok Tya, pelok anak-anak, pelok Sharnaaz. Semua ni insan-insan yang Shuk sayang.. Semoga dipermudahkan urusan dunia dan akhirat, dpt umrah mabrur.. ”

” Aku yang nang1s dah kenapa. antara famly artis yg pling ak suka… moga shukriyahaya dpt umrah yg mabrul.. moga dpermudhkn seglany urusanya semuany di sana.. insyallah.. selamat pergi dan balik.. ”

” Sebak pulak tgk depa ni, semoga di permudahkn segala urusan shukriyahaya sahabat baik shahnazahmad_ n beto_kusyairy mengiringi semoga baik baik aje.. ”

” Entah kenapa , part abg shuk pel0k akak tya air mata ni yg jat0h.. bff kawan sejati Sharnaaz pun ada.. may Allah bless all of you.. ”

Untung Shuk, ada isteri yang setia di sisi saat susah dan senang dan sahabat baik yang sayangkan Shuk. Semoga perjalanan Shuk untuk mengerjakan umrah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan setiap langkahnya. Malique dan Ameena tunggu ayah balik ye.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tya Adnan, IG Sharnaaz Ahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT