Connect with us

Artis / Selebriti

” Hebat Aafiyah, tumpang happy tengok Aafiyah sekarang.. ” – Netizen

Video Siti Aafiyah Bermain Piano Lagu Kesukaan Ibunya, Dato’ Seri Siti Nurhaliza Raih Pujian Warganet. Wow Pandainya Aafiyah Main Piano. Part Dato’ Seri Puji Tu, Comel Jer Reaksi Aafiyah, Hehe !!

Umum mengetahui yang penyanyi Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa hasil perkongsian hidup bersama Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Kedua-dua anak Dato’ Seri Siti membesar sebagai kanak-kanak yang comel.

Ramai yang mengatakan yang wajah Aafiyah saling tidak tumpah seperti Dato’ Seri Siti. Tak kurang juga mengatakan wajah Aafiyah mirip ayahnya, Datuk Khalid. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Dato’ Seri Siti, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Aafiyah sedang bermain piano.

Klik gambar untuk info..

Pada awal video, Aafiyah bermain piano dan Dato’ Seri Siti meminta agar Aafiyah bermain semula kerana Dato’ Seri Siti tidak sempat merakam. Dato’ Siti berkata lagu yang dimainkan oleh Aafiyah itu adalah lagu kesukaannya. Selepas bermain, kedengaran suara Dato’ Seri Siti memuji Aafiyah.

Perkongsian video tersebut menarik perhatian warganet. Ada yang meluahkan rasa kagum mendengar Aafiyah bermain piano. Ada peminat mengatakan yang Aafiyah akan bakal mengiringi konsert ibunya pada suatu hari nanti dengan bermain piano sambil ibunya bernyanyi.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji bakat Aafiyah yang pandai bermain piano. Antara komen-komen warganet adalah :

” Hebat Aafiyah, tumpang happy tengok Aafiyah sekarang..  One day Aafiyah akan main piano di konsert ibunya.. Tak percaya nanti, tengok lah.. “

” Rasa macam baru semalam jer Dato’ Siti lahirkan Aafiyah, tup2 tengok2 dah besar dah pun Aafiyah hari ni.. MasyaAllah.. “

” Sukanya dengar.. Bagus didikan Dato’ Siti, tengok lah Aafiyah duduk dalam rumah pun masih berpakaian sopan.. Like sangat.. “

” Rupenya Aafiyah yg main piano, igtkan auto main tadi.. Hebatnya lah Aafiyah.. Nampak Aafiyah ni anak yang bijak sangat.. “

” Ini klu time ibu perform, Aafiyah pn main piano 1 lagu ibu dia, perghhh lah.. Mesti gempak habis lah time tu kalau semua orang tengok.. “

” Hebatnya kakak Aafiyah.. Kena ingat yer semua, hehehe mama dia siti norhaliza ok … Bukan biasa2.. Dar4h seni tu ada dalam diri Aafiyah.. “

” Subhanallah hebat nya pipi merah ni.. Nanti duet sama ibu ya sayang.. Main piano, ibu nyanyi.. Alahai comel tengok Aafiyah.. “

Klik gambar untuk info..

Pejam celik, pejam celik sudah besar anak dara Dato’ Seri Siti ini Bukan sahaja memiliki wajah yang comel, Aafiyah juga seorang anak yang baik. Apa-apa pun semoga Aafiyah terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat Dato’ Seri Siti serta Datuk Seri Khalid.

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT