Artis / Selebriti
” Happy weh tengok Forteen berempat balik. Nak nangis rasa.. ” – Netizen

Kembali Bersatu Dalam Single Baru, Gelagat Izzue Islam Bersama Kumpulan Forteen Di Set Myzik-Muzik Buat Ramai Gembira Dan Sebak. Dah Lama Tunggu Comeback Izzue Dan Forteen. Akhirnya Berempat Kembali, Baru Lengkap Forteen !!
Kumpulan Forteen ditubuhkan pada tahun 2011 dan anggota asalnya terdiri daripada Izzue Islam, Ariz Lufias, Ameerais Azhar dan One Sharifuddin. Setelah bertahun bersama, Izzue mengambil keputusan untuk keluar dari Forteen sekitar tahun 2018.
Sejak itu, tiada lagi persembahan mereka bersama dan ianya menggamit rindu peminat kumpulan ini untuk melihat mereka kembali bersama di atas satu pentas. Meninjau akaun Instagram Izzue Islam, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Izzue bersama kumpulan Forteen.
Izzue yang bertindak sebagai hos rancangan hiburan Muzik-Muzik tampil bersama Forteen di Muzik-Muzik. Untuk makluman semua, Forteen x Izzue telah pun keluar dengan single baru berjudul Noktah Epilog Cinta dan boleh ditonton di saluran Youtube.
Melihat kemesraan Izzue dan ahli Forteen ini membuatkan ramai peminat mereka merasa sebak. Sekalipun berpecah dan membawa haluan sendiri, keserasian antara mereka tidak terjejas. Seronok warganet melihat mereka bersenda gurau dan ketawa bersama.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Izzue ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet terutamanya peminat mereka. Antara komen-komen yang diberikan :
” Mantap, FORTEEN X IZZUE ISLAM.. padu lah.. Happy weh tengok Forteen berempat balik.. nak nangis rasa.. ”
” Yeah finally pokjue comeback with forteen, tq sebab tunaikan request forteenagers.. da dengar kat spotify haritu , terkejut tengok forteen ade lagu comeback.. ”
” Forteen x Izzue Islam, finally.. sedih tapi happy dapat tengok korang bergabung semula.. Yeay dah comeback.. ”
” Mantap comeback, memang dinanti-nantikan bertahun lamanya tau.. teringin nak tengok kalian keluarkan lagu baru.. ”
” Rindu abe izzue forteen yang dulu dah comeback.. rindu semua laa.. Izzue, awin, ameerais, ariz.. yeahhh boiii.. ”
” Fuh comeback pokju.. nice love part Izzue.. gelora ke idokkk.. love teruk.. terima kasih sebab dah mengubat rindu kami.. ”
” One of the best Group.. Arghh please comeback betul-betul.. sukanya tengok kembali berempat.. kita nangis tau tengok korang berempat bersama semula.. ”
” Tengok Forteen perform berempat mmg berair mata. Happy dan suka betul lagu ni. Terima kasih One, Ariz, Ameer dan Izzue.. rindu korang.. Ini baru betul four teen.. ”
Kerinduan peminat Forteen untuk kembali melihat mereka berempat bersama akhirnya tercapai. Walaupun ini hanya lah untuk single ini sahaja, namun sudah cukup membuatkan warganet gembira. Semoga lagu Forteen dan Izzue ini akan mendapat tempat di hati semua.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Izzue Islam
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen