Artis / Selebriti
” Handsomenya baby Kayden, macam anak mat salleh.. ” – Netizen
Madammu Akhirnya Kongsi Gambar Wajah Penuh Anak Lelakinya, Ahmad Kayden Yang Kini Berusia 3 Bulan. Wah Terpacak Betul Hidung Kayden, Mancung Sungguh. Comel Sangat !!
Bagi yang mengikuti perjalanan IVF pengasas kosmetik, Madammu pastinya ternanti-nantikan untuk melihat wajah anak lelaki Madammu ini. Pada 9 Jun yang lalu, Madammu selamat melahirkan anaknya ini dengan kaedah pembedahan dan kelahirannya disambut dengan cukup gembira oleh seluruh keluarga.
Sebelum ini, ada juga Madammu berkongsikan gambar bayi yang digelar baby A ini, namun wajahnya tidak ditunjukkan atau ditutup dengan emoji. Kini setelah 3 bulan berlalu, Madammu secara rasminya memperkenalkan wajah anaknya ini.
Menerusi akaun Instagram Madammu, telah dimuatnaik sekeping gambar si kecil yang bernama Ahmad Kayden bin Muhammad Azri berserta sedikit coretan. Ungkap Madammu, Kayden kini telahpun mencapai berat 6.2 kg dan seorang bayi yang cukup aktif dan suka ketawa.

Ucapan terima kasih juga diucapkan untuk semua doktor yang terlibat sepanjang proses IVF madammu dan juga para pengikutnya. Alahai comel sungguh Kayden, dengan hidungnya yang mancung dan terpacak itu. Ini memang sebijik muka Madammu lah.
Jom baca perkongsian di bawah :
Selepas sejam dikongsikan, perkongsian ini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada waerganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ala comelnya macam mummy dia. Handsome nya baby Kayden.. macam anak mat salleh lah.. semoga membesar menjadi anak yang soleh.. ”
” Assalammualaikum kayden handsome boy.. inshaallah Aunty doakan kayden terus sihat, membesar jadi anak soleh, bijak pandai dan berjaya didunia dan akhirat serta jadi kebanggaan mummy dan papa serta kakak2 dan abg nya. Aamiin.. ”
” So cute madammu, macam muka mummy dia sangat ni.. SubahanauAllah handsome sgt.. Wlwpn baby aura handsome kacak tu mmg Allah SubahanauAllah.. ”
” Tingginya hidung Kayden.. cokoh hidung dia.. Antie doakan Kayden membesar jdi anak yg soleh yea.. ”
” So cute… kita follow madam dari xde bby smpai bt ivf.. smpai dpt baby.. sy pn ttc 7tahun. Madam doakan sy selamat bersalin bulan depan ye.. rezeki hari2 tgk madam.. ”
” Ala comelnya macam mummy dia. hidung mancung terpacak, muka macam anak patung.. tapi sus4h nak kata comel sebab dia dah nampak hensemmmm.. ”
” Comelnya baby Kayden.. akhirnya aunties semua dpt tgk si comel ni.. semoga membesar dgn sihat aamiin.. Kayden macam muka anak mat salleh lah.. ”
Akhirnya penantian semua untuk melihat wajah Kayden berakhir. Comel, cute, handsome, semua ada pada wajah Kayden ini. Bak komen warganet, muka Kayden macam anak mat salleh. Kulit putih plus hidung pula mancung, ciptaan Allah yang cukup sempurna. Semoga Kayden menjadi anak yang soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Madammu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

