Artis / Selebriti
” Habis lah Zul rosak teruk dah ni weh. Tolong kembalikan Zul kami balik.. ” – Komen Netizen
Video Zul Ariffin Menyanyi Dalam POV : Dukun Music Video Buat Warganet Terhibur. Adoi Kelakar Betul Zul Menyanyi. Tak Pernah Lagi Tengok Zul ‘Rosak’ Macam Ni. Tak Tahu Menyanyi ke Baca Sajak Ni. Dengan Suara Garau Dia Tu, Berdekah Dibuatnya, Haha !!
Filem Don Dukun lakonan Zul Ariffin, Ropie, Douglas Lim dan Datuk Yusof Haslam bakal ditayangkan di pawagam pada 31 Oktober akan datang. Filem arahan pengarah Waan Hafiz ini pasti menggeletek hati penonton. Official trailer filem ini juga sudah cukup membuatkan ramai yang tidak sabar untuk menonton lakonan Zul.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Shaw, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zul menyanyikan lagu popular rock kapak era 90-an, C.I.N.T.A. Bukan selalu warganet dapat mendengar nyanyian daripada aktor pujaan ramai ini.
Mendengar suara Zul, ramai yang terbahak ketawa kerana Zul bukanlah menyanyi tetapi seperti membaca lirik sahaja. Zul sendiri tidak dapat menahan ketawanya mendengar suara sendiri. Jika selalunya Zul memegang watak romantis dan aksi, kali ini Zul membawa kelainan sebagaimana yang pernah dilakonkan untuk filem Hantu Kak Limah.

Boleh tahan kelakar juga Zul dan ramai yang mengatakan Zul mula ‘rosak’. Terhibur semua mendengar nyanyian Zul yang ‘terlebih merdu’ itu. Zul sememangnya pelakon yang berbakat besar dan versatile. Bagi lah apa sahaja watak, tentu Zul akan melakonkannya dengan sebaik mungkin.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Jangan rosakkan Zul Ariffin guys haha.. tolong kembalikan zul kami blk.. pinjam masa musim Don Dukun ni ja kann.. “
” Selain KJ yang makin parah kerosakannya.. dia ni pun dah mula ada tanda-tanda yang sama, haha.. penat aku ketawa weh, dengar nyanyi ke sajak ni.. “
” Bukan rosak lagi, dah jahanam dah Zul Ariffin ni haha. udah pencen jaid sheriff, dia mari jadi dukun pulak kome wehhh haha.. “
” Demi mendalami watak … kita hadap je lah.. Kalau begini tak jadila peoduser musik nak ambik jd penyanyi bossque …. takut pecah studio.. menyanyi bukan, bersajak pun bukan haha.. “
” Wakakaka i cannoy unseen this.. Abis lah abang zul rosak teruk dah ni weh. hilang terus romantik zul ariffin, haha.. “
” Jangan nyanyi Don oiii, jangannnn.. Adoi lawak lah haha.. Sejak bila Zul Ariffin masuk air ni weyhh.. adoi kelakar lah, kena gi tengok ni, confirm gelak pecah panggung.. “
” Rosak dah Zul Ariffin.. Rasa nak kutey je dia ni.. aku x boleh la dgn dia ni.. napa dah masuk air sgt ni.. wake up bang zul.. “
Memang kelakar lah watak yang Zul bawakan kali ini, muzik video ini pun sudah terbahak ketawa semua. Menyanyi bukan, bersajak pun bukan, sah Zul sudah rosak haha. Jom sama-sama support Zul agar filemnya kali ini boleh mencapai target dan box office. Confirm semua akan terhibur dengan kelucuan Zul Ariffin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astroshaw, Tiktok AstroShaw
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti6 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim


