Artis / Selebriti
” Habis lah Syamel kena jawab dengan Ernie, siapa perempuan main gitar tu, haha.. ” – Netizen

Tular Video Throwback Syamel Menyanyi Ketika Di Bangku Sekolah Buat Ramai Terhibur. Amboi Bangmel Bukan Main Feeling Lagi Menyanyi. Part Gaya Kaki Tu Sampai Ke Hari Ni Maintain Je, Haha !!
Nama penyanyi Syamel tidak perlu diperkenalkan lagi. Memiliki suara yang lunak ketika menyanyi membuatkan Syamel yang pernah menjadi naib juara Akademi Fantasia pada tahun 2015 ini mempunyai ramai peminat sehingga ke hari ini. Ada sahaja perkembangan Syamel pasti menarik perhatian.
Meninjau ke akaun Instagram radio Era, telah dikongsikan video throwback yang memaparkan telatah Syamel sedang menyanyi di sebuah acara sewaktu di bangku sekolah. Menerusi video itu, Syamel menyanyi lagu Ratuku nyanyian asal oleh Datuk Awie.
Syamel tidak keseorangn ketika di atas pentas, turut ada bersama adalah dua rakannya, seorang wanita dan seorang lelaki bermain gitar. Perkongsian video ini dalam masa yang sama membuktikan permulaan karier Syamel yang sudah ada bakat dalam bidang nyanyian.
Telatah Syamel menyanyi menerusi video yang dikongsikan itu menarik perhatian warganet. Lagi-lagi setelah mendengar sorakan rakan-rakan Syamel yang menyaksikan persembahan Syamel. Sehingga kini, video Syamel ketika di bangku sekolah menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video ini dan terhibur melihat telatah Syamel ketika menyanyi. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Habis lah Syamel kena jawab dengan Ernie, siapa perempuan main gitar tu, haha.. Part gaya kaki tu comel betul kan, smpai ke hari ni maintain je gaya tu.. “
” Gaya dia sebiji mcm Syamel.. Power budak tuu boleh tiru mcm Syamel, dah ade pesaing dah hahahaaa.. Done jadi pembaris, hehe.. “
” Zaman sekolah dulu memang best weh.. Ni lah kenangan yang tak kan kita lupa.. Comel Syamel dlu2, montel2 je, hehe.. Sekarang handsome daddy Khawla.. “
” Ya Allah budak ni dah jadi bapak orang dah sekarang, hahahaha.. Syamel why you so cute ha.. Hehehee… Amboi bersorak kawan2 ye bila Syamel duduk sebelah budak main gitar tu.. “
” Dah viral video ni, harap Syamel ok lah tak kena soal jawab dengan Ernie.. Hahahhaha rasanya topik hangat dibincangkan adalah siapa gadis gitar itu, haha.. “
” Memang style die nmpak dari awl eh Bang Mel, hehe mahu berdekah ni kalau Kak Ninie tengok husband dia cute sangat, hehe.. “
” Mak aiiii boleh tahan tebal yer Syamel dlu, hahahahaa.. Sekarang dah jadi penyanyi popular lah budak ni, kacak dohhh sekarang.. “
Amboi sempat lagi peminat-peminat Syamel menyakat Syamel yer. Risau Ernie akan bertanya siapa gerangan wanita yang bermain gitar yang berada di sebelah Syamel itu. Apa-apa pun, memang padu lah suara Syamel sejak daluhu. Maka tak hairan lah sekarang Syamel antara penyanyi yang berjaya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je, syamel_official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen