Artis / Selebriti
” Gitu je dia mashed up lagu. Aku tak boleh dengan dia ni, lawak ending tu, haha.. ” – Netizen
Video Namie Mashup Lagi Balik Kampung Buat Warganet Terhibur. Uih Lain Macam Betul Namie Menyimpang Kali Ni. Jauh Bona Sosat Tu Jang, Haha !!
Misi 30 hari Syawal 30 cover lagu raya oleh Namie masih lagi berjalan. Saban hari, ada sahaja lagu raya yang digabungkan oleh Namie bersama lagu-lagu lain yang membuatkan warganet terhibur mendengarnya. Apa yang menariknya, kena pula gabungan lagu yang dipilih oleh Namie ini.
Meninjau akaun Instagram Namie, telah dikongsikan dendangan lagu untuk hari ke 12 Syawal berjudul Balik Kampung. Seperti biasa, pada awal lagu Namie menyanyikan mengikut lirik yang betul tetapi apabila tiba di pertengahan lagu, terus bertukar lagu dan lirik yang lain.
Kali ini Namie gabungkan lagu Balik Kampung, Cinta Setandan Pisang ( loghat Kelantan ) dan Ayam Den Lapeh. Lagu loghat Kelantan dendangan Eda Ezrin dan Den Manjo itu antara yang viral masa kini dan banyak muncul di aplikasi Tiktok.

Terhibur warganet mendengar lagu Namie sehingga ke akhir. Dengan reaksi muka Namie yang macam tidak bersalah, bertambah geram pula warganet dibuatnya. Memetik komen warganet, jauh betul perjalanan balik kampung Namie ini. Macam mahu pulang ke Negeri Sembilan tetapi pusing sampai ke Kelantan pula, haha. Apa-apa pun, Namie memang seorang yang kreatif.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Namie ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ni betul jem smp kelate ni haha.. Pusing muadzam nak poie Pilah haha.. aku tak leh dengan dia ni.. ”
” Hahaha aku tak ready tauu nak dengar cover dari dia ni . Mesti terpesong jauh.. mmg terbaik la mashup namie.. ”
” Awl2 td aku ucap Alhamdulillah akhirnye dia jupe Hala tuju Lagu Raya tu. tp anggapan ku silap.. Jauh bona sosat tu jang haha.. ”
” Mungkin sore kg klate sorg lg kg nismilan hahha.. dia dah terlepas masuk kelantan tapiiii sekaliiii dia patah balik nogori sembilan daa ending diaa hahahahhaha wat hall laa.. ”
” Ni baru namanya hibrid. macam-macam la idea dia ni taw haha.. Dari Nak balik kg tu di heret ea poie Kelantan patah n9 balik. Osah lah.. ”
” Dia mainkan perasaan haha.. dia bagi kita jalan jauh sikit baru dia menyimpang haha.. Gitu je dia mashed up lagu. sedap pulak tu.. ”
” Hahaaaa kau ni namie mmg kelaka laaa… Baik2 nak marah kau terlajak lirik aku tersuka plak kali ni… Muke last tu mmg nak mntak pulas telingaa.. ”
Kalau tidak menyimpang lagunya memang bukan Namie lah. Boleh pula Namie terfikir untuk mashup lagu Kelantan dengan Negeri Sembilan. Seronok pula mendengar nyanyian Namie walaupun digabungkan sebegitu. Apa-apa pun, ini hanya lah hiburan semata-mata dan semoga semua pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Namie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen



