Connect with us

Artis / Selebriti

” Gempak persembahan Tomok, part pakai jubah konvo tu paling sempoi.. ” – Netizen

Video Persembahan Tomok Pada Suku Akhir All Stars Gegar Vaganza Raih Pujian Peminat. Fuhhh Padu Lah Persembahan Tomok, Dah Macam Buat Konsert Sendiri Jer Semalam. Part Pakai Baju Konvo Tu Rare Lah Tomok !!

Selain persembahan daripada Siti Nordiana, persembahan penyanyi Tomok pada malam suku akhir All Stars Gegar Vaganza juga mencuri tumpuan penonton. Bertenaga dan rancak, begitu lah yang dilihat pada persembahan Tomok membawakan lagu bertajuk The Cup of Life (Ricky Martin) dan Melodi Hati (Shawn Baharin).

Meninjau di akaun Instagram Astro Gempak dan juga milik salah seorang fans Tomok, dikongsikan video sekitar persembahan Tomok semalam. Pada awal persembahan, kelihatan Tomok menampilkan imej dengan memakai jubah dan topi konvokesyen ketika menyanyikan lagu Melodi Hati.

Klik gambar untuk info..

Bukan itu sahaja ketika menyanyikan lagu The Cup of Life, suasana semakin gamat kerana seolah Tomok sedang membuat konsert. Persembahan tersebut membuatkan Tomok layak ke separuh akhir dengan mendapat tempat yang ke 5 dengan jumlah peratusan markah sebanyak 69.50 peratus semalam.

Perkongsian video-video tersebut ini menarik perhatian para peminat Tomok. Ada yang mengatakan persembahan Tomok semalam sangat gempak dan berbeza pada minggu-minggu sebelum. Sehingga kini, video persembahan Tomok menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video-video di bawah ini (video pnuh di hujung artikel) :

View this post on Instagram

A post shared by @ayuai_ril

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya menyukai persembahan Tomok. Antara komen-komen menarik adalah :

” Gempak persembahan Tomok, part pakai jubah konvo tu paling semp0i.. Alhamdulillah tomok dapat ke semi final.. Tomok dah buat yg terbaikk g1ler.. “

” Aku rasa Tomok perform best g1ler.. Malam ni all out, happening weyyy.. Dah macam konsert Tomok sendiri beb.. Terhibur sangat.. “

” Enjoy g1la performance Tomok minggu ni..Bdn auto gerak sekali masa persembahan Tomok.. Good luck Tomok untuk minggu depan kasi lepas Final.. “

” Ingatkan dapat tempat pertama, tapi tak apalah janji Tomok lepas ke semi final.. Buat yang terbaik Tomok untuk next week.. “

” Suke performance Tomok. Enjoy sangat.. Dah macam tengok konsert Tomok pula, hehee.. Harap minggu depan Tomok layak ke final.. “

Klik gambar untuk info..

” Harap minggu depan adalah tempat untuk Tomok mara ke final.. Tomok punya persembahan sentiasa bersemangat n berkarisma.. Salam juara buat Tomok.. “

” Tomok power giler malam ni.. Buat GV mcm konsert dia sendiri.. You are very talented abg Tomok.. Harapnati dia dpt no syatuuuuu, amin.. “

Lain macam persembahan Tomok, padu betul. Untuk sekadar info, semalam Aliff Aziz gagal menempa tempat pada minggu separuh akhir apabila diumumkan tersingkir dan penyingkiran itu sekaligus menyaksikan Naqiu, Liza Hanim, Hady Mirza, Azharina, Jaclyn Victor,  Siti Nordiana serta Tomok berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir pada minggu hadapan.

Tonton video penuh di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber : IG astrogempak, ayuai_ri, tomokofficial, YouTube TOMOK

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT