Connect with us

Artis / Selebriti

” Enjoy betul KJ sekarang, ker0sakan yang betul-betul perlukan pemantauan dah ni, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat KJ Membuat Teh Tarik Buat Warganet Terhibur. Amboi Bukan Main Chief Sekarang, Makin Banyak Bakat Terpendam Ditunjukkan Ni. Dulu Serius Je Orangnya, Sekarang Dia Lah Terpaling ‘R0sak’. Last-Last Kering Teh Tarik Tu Chief, Haha !!

Kehadiran bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebagai penyampai di radio Hot FM menepati sasaran dan ianya menaikkan rating stesen radio ini. Saban minggu, ramai pendengar yang ternanti-nantikan apakah yang akan dilakukan oleh KJ bersama team Bekfes Hot.

Pejam celik, pejam celik, sudah 6 bulan KJ bersama Hot FM dan sepanjang tempoh ini, KJ membuatkan pendengar begitu terhibur dengan ragamnya. Meninjau akaun Instagram Hot FM, telah dikongsikan beberapa sedutan video ketika KJ bersiaran pagi tadi.

Ramai pendengar yang suka melihat KJ sebagai DJ dan berharap agar KJ terus menghiburkan pendengar Hot FM. Memetik komen warganet, KJ semakin ‘r0sak’ tetapi geng Bekfes Hot pula bertambah bijak. Tergelak besar KJ mendengar Fafau membacakan komen daripada pendengar.

Hari ini juga, KJ menunjukkan bakatnya membuat teh tarik dalam cabaran Lipton Teh Tarik Day. Wah Chief, berjoget sudah, menyanyi pun sudah, sekarang jadi penarik teh tarik pula. Semakin hari semakin banyak perangai masuk air KJ keluar, hehe.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Mantap semua kami ruang terhibur tambah² ada KJ.. Sy bg 5 bintang… Terbaik KJ.. Dh mula serasi dgn geng bekpest hot….. tp klu ada Hr2 kn best.. ”

” Dulu serius manjang .. Now alhamdulillah dah rosak sikit .. eh bukan rosak sikit, tapi sikit lagi nak rosak teruk haha.. Tapi best meriah teruskan.. ”

” Aku rasa KJ ni makin lama makin mcm2 dah dia boleh buat. Menari dah, menyanyi dah, buat teh tarik pun dahhhh… lepas ni apa pulakkkk haha.. ”

” Serba boleh la chief… menari pun da lulus, menyanyi pun bolehlaaa. Ni buat teh tarik pulakkk. next challenge apa pulak ni.. ”

” KJ tak pusing pun tumpah jugak haha.. Sampai last, kering air KJ tu.. Kalau orang tak kenal kj ni agaknya orang ingat dia mmg keje kat mamak haha.. ”

” KJ ni.. tulaa dlu asik baca baca berucap je kan.. haa skang dah rosakk dah.. makin rosakk tarik teh tarik pon tumpassi-aiirr hahahaha kemain r0sakk ye KJ skarang meriah hahahaha.. ”

” Hahaha terbaik laa yb kj tarik teh walaupun Ada tumpah² Anne teh tarik unnek.. Nakkk secawan yg KJ timbang tuh hehe.. ”

” Betul2 enjoy ye khairykj sekarang. nampak tak stress.. KeROSAKan yg betul2 perlukan peMANTAUan dah ni haha.. ”

KJ kelihatan enjoy dan happy sahaja sekarang. Ketawa pun dah tak ada cover-cover. Itu yang membuatkan warganet pun turut gembira melihat KJ. Semoga Chief semakin banyak ‘r0sak’ dan terus menceriakan semua dengan telatah lucu spontan Chief itu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hot FM

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT