Artis / Selebriti
” Ending paling best, padan muka Achey. Meminta sangat kan, haha.. ” – Komen Netizen
Video Achey dan isterinya, Anne bermain satu game buat ramai terhibur. Part last tu memang kelakar, amboi minta bini baru yer Achey, kan dah mendapat. Part Tiara tu pun comel sangat, haha..
Bagi yang mengikuti perkembangan pelawak terkenal Achey, pasti mengetahui bahawa Achey sekeluarga antara yang dilantik sebagai duta bagi Butik Jakel pada tahun ini. Sejak bergelar duta, pelbagai video promosi dikongsikan oleh Achey sangat menghiburkan warganet.
Terbaru, menerusi akaun Instagram miliknya, Achey berkongsi sebuah video memaparkan Achey bermain satu permainan bersama isterinya, Anne. Konsep permainan tersebut cukup ringkas tetapi menghiburkan, mereka perlu meniru gaya percakapan antara satu sama lain.
Pada awalnya, Achey memulakan permainan dengan meniru gaya Anne bercakap. Namun setiap ayat yang dituturkan membuatkan dirinya sendiri terkejut dan terpinga-pinga apa yang dikatakan oleh Anne. Reaksi wajah Achey yang terkejut dan tidak menyangka itu menambahkan lagi elemen komedi dalam video berkenaan.

Kemudian tiba pula giliran Anne meniru gaya Achey bercakap. Ketika sedang rancak meniru, Achey sempat berseloroh kononnya dia mahu mencari isteri baru. Kata-kata tersebut membuatkan Anne terus ‘naik angin’ dan menarik Achey keluar dari skrin. Situasi spontan itu benar-benar mencuit hati, lebih-lebih lagi apabila telatah anak mereka di belakang turut mencelah dan menambah suasana menjadi lebih gamat.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ending paling best, padan muka Achey. Meminta sangat kan, haha.. Kelakar betul suami isteri ni, hahaa.. “
” Comel ending by Tiara.. Hahaha lakonan mantap Tiara, Achey dan Anne.. Cute je engar Tiara nyanyi haha.. “
” Anaknya paling terbaik nasib bapaknya depan klu takde tadi Tiara dduk dpn bapaknya kipas lipas anaknya.. “
” Ko yg meminta Achey oii…. Part last mmg random, hahaha apalah nasib Achey yer.. Tiara paling comel.. “
” Panas, sbb tu Tiara da kipas dr awal, bijak2.. Hahahha drama paling win dan kelakar sangat2, memang best.. “
” Nak bini baru, kan dah kena, bukan bini baru, muka yang jadi biru tu achey oiii, hahahahaa.. Angin satu badan anne yer.. “
” Hahaha Tiara selamber mengipas tengok nasib ayah dia ditangan ibu.. Hahaha yang pasti payment Tiara paling mahal.. “
Selain itu, ramai yang memuji keserasian Achey dan Anne yang sentiasa sporting serta pandai menghidupkan suasana. Jelas sekali, walaupun sekadar video promosi, mereka berjaya menyampaikan hiburan yang menghangatkan hati penonton serta membuatkan ramai ternanti-nanti perkongsian seterusnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG acheykintangkintung
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adoi comel suara Nyamma. Kita lock, lagu raya tercomel.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Laju wey, siap drift lagi tu, hebat .. ” – Komen Netizen

