Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia punya mencecet lari, halaa cair. Bila senyum, terus nampak macam muka Tasha.. ” – Netizen

Tasha Shilla Kongsi Video Momen Ketika Mengambil Anaknya, Raees Zander Balik Dari Sekolah Raih Perhatian Warganet. Amboi Laju Betul Raees Berlari Setiap Kali Mummy Dan Daddy Dia Datang Ambil. Bukan Main Happy Lagi, Comel Sangat !!

Pelakon Tasha Shilla kini jarang dilihat di kaca televisyen selepas mendirikan rumahtangga. Untuk rekod, Tasha atau nama penuhnya Natasha Sheila Abdul Razak telah mendirikan ruma tangga bersama jejaka pilihan hatinya, Muhammad Atiq Idris pada tahun 2020.

Boleh dikatakan hampir setahun Tasha menyepi dalam industri hiburan lebih-lebih lagi kini Tasha sudah bergelar seorang ibu kepada dua orang cahaya matanya yang diberi nama Raees Zander dan Nyla Kaadira.

Klik gambar untuk info..

Meninjau di akaun TikTok Tasha, dikongsikan video baru yang memaparkan gelagat anak pertama Tasha, Raees ketika setiap kali Tasha dan Atiq datang mengambilnya di sekolah. Kelihatan Raees begitu teruja melihat kedua ibu bapanya dan reaksinya begitu comel.

Perkongsian video ini menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan wajah Raees saling tidak tumpah seperti Tasha. Bukan itu sahaja, peminat juga mengatakan momen seperti ini sangat bermakna bagi seorang ibu melihat anaknya yang sudah membesar.

Tonton video di bawah ini :

( Sila tunggu seketika jika video lambat keluar)

@tashashillaofficial

my endless love ❤️ #raees #fyp #mothersday #son #family #loveyou

♬ original sound – Tasha Shilla – Tasha Shilla

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Tasha dan memuji kecomelan Raees. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :

” Comelnya, Tasha Shilla versi lelaki ni, hehe.. Copy sebiji betul.. Orang tua cakap sejuk kalau anak lelaki ikut muka maknya.. “

” Sy housewife, tapi sbb tengok moment ni macam ni laa saya decide untuk anak sy ke nursery hahahaha.. Comel lah anak sis, suka tengok.. “

” Senyum dia sebiji mak dia lah.. Alahai momen yang terindah bagi kita yang bergelar sebagai ibu.. Rasa sekejap sahaja anak dah besar nanti.. “

” Comel je lari2 nampak mummy dia datang.. Happy jer dia, terlebih excited.. Semoga jadi anak yg baik ya.. God always blessing you boy.. “

” Kejap je da besar comey sgt awak ni.. Moga membesar dgn sihat menjadi ank yg soleh encem boy.. senyuman dia begitu manis lah.. “

” Ya Allah comeeii nyer dia senyum.. Sejuk tengok.. Suka lah tengok Tasha selepas kahwin ni, bahagia ja dengan suami dan anak2.. “

” Dia punya mencecet lari halaaaaaaa cair.. Copy mummy dia betul lah.. Bila dia senyum auto terus nampak muka Tasha Shilla, hehehe.. “

Klik gambar untuk info..

Alahai boleh cair melihat senyuman Raees. Sekejap betul Raees dah besar, kini sudah berusia 2 tahun lebih. Apa-apa pun semoga anak-anak Tasha terus membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang baik buat Tasha serta suami.

Silakan SHARE..

Sumber : IG tashashilla, TikTok tashashillaofficial

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT