Artis / Selebriti
” Dia panggil kat Bonda Hetty ‘Bik’. Agaknya terbiasa cakap dengan bibik di rumah.. ” – Komen Netizen
Dato’ Syafinaz Selamat tersasul memanggil Bonda Hetty Koes Endang dengan panggilan ‘Bik’ ketika live Gegar Vaganza 2025 raih perhatian ramai. Habis kecoh satu dewan, ini respon Bonda Hetty..
Semalam telah berlangsung program realiti Gegar Vaganza 12 minggu pertama untuk tahun 2025. Seramai 13 orang peserta yang menampilkan antara artis yang sudah lama menyepi dalam dunia seni tanah air seperti Dato’ Elaine, Korie, Krisya dan ramai lagi
Menerusi akaun Instagram Astro Gempak, satu peristiwa atau momen yang menghiburkan telah berlaku. Dato’ Syafinaz yang bertindak sebagai juri telah tersasul memanggil Bonda Hetty Koes Endang dengan panggilan ‘Bik’. Hal ini membuatkan satu dewan kecoh.
Pada ketika itu, Dato’ Syafinaz sedang memberi komen kepada Ruri Repvblik yang berasal dari Indonesia dan bertanya pendapat Bonda Hetty. Apabila tersasul dengan panggilan ‘Bik’, Bonda Hetty segera bangun dan memeluk Dato’ Syafinaz. Sementara itu, satu dewan gegar dengan gelak tawa penonton.

Menurut Bonda Hetty, panggilan ‘Bik’ juga bermaksud makcik dalam bahasa Indonesia dan panggilan tersebut seperti tanda hormat buat seseorang. Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Cameraman terbaik untuk gv kalini. Agaknya terbiasa ckp dgn bibik d rumah. Ingt Kn tok Naz panggil ruri tu biy. Dia pnggil kt bonda hetty bik.. “
” Tolonglah pastikan abang pakai baju putih ada corak datang minggu depan, x puas tengok tadi hehe.. Tok Nas buat ape malam ni? “
” Tiap kali GV ada je, tok naz dulu serius skrg hbs dh rosak.. itu maknanya rumah dia ada bibik. Bibik dalam bahasa jawa adalah makcik.. “
” Tahun ni GV meriah…ni baru best dri peserta ,host ni juri mmng gempak.. ingatkan bi.. panggilan sayang. Lagi kelako masa nama mendua. Semua ketawa dlm hati.. “
” Sy org jawa..ank² buah sy semua pgil sy bbk…sy x prnh malu malah bangga sbb darah jawa msh ada dlm diri kami sekeluarga.. “
” Part ni paling kelakar.. ada lg 1 scene bunda kasi mark adam gebrek.. pastu Mark Adam plk kasi gebrek kt tokRam.. pon klakar giler.. “
” Ada part yang abang duduk kat seat belakang tengah gelak dia tak sedar terakam ngan kamera tu pun lawak weh.. Rasa tgk GV tapi punya gelak tu mcm tgk Maharaja Lawak ..”
Pelbagai momen yang menghiburkan yang berlaku pada minggu pertama program realiti Gegar Vaganza yang berlangsung semalam. Daripada hos, juri sehingga peserta membuatkan ramai penonton berasa terhibur dengan gelak tawa. Pastinya ramai tidak sabar untuk menonton konsert minggu kedua pula.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

