Connect with us

Artis / Selebriti

” Deep sangat catatan ni buat saya menang1s. Terp4na sekejap.. ” – Netizen

Cerita Norman Hakim Mengenai Perbualannya Bersama Ayahnya Buat Ramai Tersentuh. Dalam Maksudnya Ayat Ayah Norman Tu. Semoga Dipermudahkan Segalanya Norman !!

Meninjau akaun Instagram Norman Hakim, telah dikongsikan satu video berserta cerita ketika Norman pulang ke kediaman ibu dan ayahnya di Kuantan. Seperti biasa, Norman pasti akan berkej4r balik ke Kuantan sekiranya ada luang masa untuk melihat kedua ibu bapanya ini.

Kata Norman, kebelakangan ini, dia menyedari emosi kedua orang tuanya semakin sensitive. Mungkin faktor usia dan orang tua selalunya pada waktu sebegini ingin bermanja dengan anak-anak. Umum tahu, ayah Norman masih belum baik kesihatannya dan terl4ntar sahaja di katil.

Perbualan Norman dengan ayahnya apabila ditanya kenapa tidak stay di Kuantan sehingga esok membuatkan Norman tersent4k. Menyusun sebaik ayat untuk diterangkan kepada ayahnya ini mengenai tugasan yang masih belum selesai di ibu kota ditambah anak-anak bersekolah, ayat akh1r ayahnya mengatakan dia juga tanggungjawab membuatkan Norman terp4na akal dan hati.

Setiap orang ada ujiannnya dan buat Norman, masa untuk lebih banyak berada bersama ibu dan ayahnya itu ujian untuk kehidupannya. Perkongsian ini untuk semua agar mengambil iktibar agar sedar tanggungjawab pada ibu bapa bukan sekadar menghantar duit belanja sahaja malahan emosinya juga perlu dijaga.

Jom tonton video di bawah :

Cerita oleh Norman ini telahpun membuatkan ramai peminat yang ikut seb4k. Antara komen-komen peminat :

” Semoga Allah permudahkan segala urusan abg Norman sekeluarga ..dan semoga mak ayah sentiasa sihat walafiat dan dlm lindunganNya ..ameen.. “

” Betul tu abang Norman, Allah is the best planner to us. ayah abang rindu anak anak dia depan mata tu. Semoga pakcik dalam lindungan Allah.. “

” Alhamdulillah. Terbaik, bro. Bila baca post ni, tersedar sekejap. Mmg betul, kita kdg2 terlupa yg mak ayah juga perlukan masa dgn kita.. “

” Allahu, saya pun terp4na sekejap. Deep sangat catatan ni yang buat saya menang1s. Betapa kita selalu alpa dengan emosi mak ayah.. “

” Seb4knya, baca sampai akh1r terus berjurai airmata. Sama la kadang kadang tak ada masa untuk mak walaupun jarak rumah hanya berapa lorong je.. “

” Mata masuk habuk baca coretan Norman ni. Begitulah kehidupan, kita tak akan selalu ada utk mak ayah dan ank2 tak akn selalu ada utk kita.Yg penting kita usaha sehabis baik, doa & yakin dgn ketentuan Ilahi.. “

” Terp4na jugak dengan ayat-ayat ni.. kadang-kadang ujian jugak dalam menjaga orangtua kita tanpa kita sedari. Realiti anak2 yg bekerja & berkeluarga. Semoga kita semua dapat melunaskan tggungjawab kita sbg anak dgn baik.. “

Semoga ayah Norman terus diberikan umur yang panjang dan Norman juga dilapangkan segala urusan baik dalam mengurus keluarga mahupun mencari rezeki untuk keluarga tersayang. Insha Allah, Allah sebaik-baik pengatur dan teruskan berbakti kepada ibu dan ayah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Norman Hakim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT