Artis / Selebriti
” Dapat pangkat nenda sudah. Nendanya muda lagi hehe.. ” – Netizen
Detik Liza Abdullah Bertemu Cucu Sulungnya Buat Pertama Kali Buat Peminat Tersenyum. Alahai Sukanya Nenda Dapat Cucu. Tahniah Liza !!
Kredibiliti dan mutu lakonan pelakon senior, Liza Abdullah tidak perlu dinafikan lagi. Baru sahaja dinobatkan sebagai Pelakon Antag0nis Terbaik Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS2021) penghujung tahun lalu, ianya suatu kenangan yang manis buat pelakon hebat ini.
Itu cerita mengenai kejayaan dalam bidang seni dan kini kegembiraan Liza semakin bertambah apabila anak lelakinya, Zarriq Zolkepli selamat menimang cahaya mata sulung iaitu seorang bayi perempuan baru-baru ini.
Meninjau akaun Instagram Lizza Abdullah, telah dikongsikan momen ketika Liza menanti anak, menantu dan cucunya itu di lobi hospital. Hati seorang nenek pastinya teruja untuk melihat wajah si kecil dan Liza nampak tidak sabar sekali.

Sejurus Zarriq dan isteri keluar dari lift, terus Liza menghampiri menantunya dan memberikan pel0kan dan c1uman. Meriba dan membawa cucunya ke dalam kereta, wajah Liza tampak gembira sekali. Alahai dah naik status lah Mak Leha sekarang.
Jom tonton video di bawah :
Rakan-rakan artis dan peminat memberikan ucapan tahniah buat Liza atas kelahiran cucu sulungnya ini. Antara komen-komen mereka :
” Tahniah kakakku dapat cucunda. Yehh yezza naik pangkat jadi Mak Tok lah hehe. Welcome to Grannys World.. “
” Alhamdulillah, babe dah bercucu ko babe… Ya Allah cepatnya masa berlalu.. Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT.. “
” Syukur alhamdulillah, Tahniah kak Liza dapat cucu. Semoga cucu akak jadi anak yg solehah aamiin. Selamat berpant4ng buat menantu akak. semoga sihat selalu.. “
” Tahniah Nenda, alhamdulillah dapat cucunda puteri. Semoga dirahmati Allah seisi keluarga, aamin.. “
” Alhamdulillah mama Liza, dah dapat cucu. jelas kegembiraan itu walaupun tidak ketawa berdekah-dekah. sentuhan dan belaian cukup memberi rasa itu.. “
” Alhamdulillah tahniah Liza Abdullah atas kelahiran cucu sulung yang pertama. Dapat pangkat nenda sudah. Nendanya muda lagi hehe.. “
” Alhamdullilah Syukur. Tahniah Kak Liza, anugerah yg teristimewa. naik pangkat Nenda, Nendanya pun nampak muda je.. “

Benar kata peminat, kegembiraan tu terpancar dari pandangan mata walaupun tanpa iringan suara ketawa. Sukalah Nenda lepas ini ada cucu boleh dijadikan teman bermain. Tahniah Liza dan tahniah juga buat Zarriq atas kelahiran anak pertamanya ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Lizza Abdullah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti1 day ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

