Connect with us

Artis / Selebriti

” Dah serupa macam dalam movie pula, padu Mat.. ” – Netizen

Video Reaksi Sharnaaz Ahmad Melihat Potret Wajahnya Bersama Anaknya, Jebat Jayden Raih Perhatian Warganet. Wow Smart Sangat Jebat, Nampak Hidup Lukisan Ni !!

Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon Sharnaaz Ahmad di akaun Instagram, pasti mengetahui Sharnaaz juga sering berkongsi perkembangan anak lelakinya, Jebat Jayden. Boleh dikatakan dua beranak ini mempunyai ramai peminat.

Ada sahaja video mengenai gelagat Jebat akan membuat ramai tak kering gusi ketawa melihat telatah comelnya. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Creative Facyory Painting telah berkongsi video yang memaparkan telah melukis potret Sharnaaz bersama Jebat.

Potret Sharnaaz dan Jebat ini telah diserahkan sendiri kepada Sharnaaz dan kelihatan reaksi Sharnaaz ketika melihat potretnya itu sangat teruja. Kedengaran Sharnaaz telah mengucapkan terima kasih dan memuji potretnya cantik.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan potret Sharnaaz dan Jebat seperti watak dalam filem. Sehingga kini, perkongsian itu telah telah mendapat ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya memuji kecantikan potret Sharnaaz dan Jebat. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Dah serupa macam dalam movie pula, padu Mat.. Tengok dia tenung n komen anak dia, memang ayah yang penyayang.. “

” Cantiknya gambar ni, nampak klasik sangat lah.. Seb4k pula aku tengok Sharnaaz tengok gambar dia.. Comel Jebat.. “

” Jebat sempoi noh.. Nanti Jebat dah besar boleh tengok gambar dia handsome dengan baba dia.. Eee ger4m tengok Jebat.. “

” Perhhhhh nampak hidup betul lah gambar Mamu dan Jebat.. Jebat kekuatan Mamu.. Mesti mahal kan kalau nak tempah nii “

” Segak betul dua beranak ni dalam gambar.. Cara mamu tenung tu adoii aku pula rasa sayu.. Tak terkata apa-apa.. “

” Serius sangat cantik wehh.. Berseni betul tangan yang melukis ni.. Sharnaaz pun rasa terharu tengok gambar dia.. “

Cantiknya potret ni, nampak dua beranak ni style betul, gaya Jebat tu paling handsome. Patut lah Sharnaaz terharu sangat tengok. Terbaik lah kalau melihat semua hasil tangan lukisan daripada Creative Factory Painting, semua lukisan yang dihasilkan begitu cantik dan nampak mahal.

 

Silakan SHARE..

Sumber : IG Creative Factory Painting, Tiktok Creative Factory Painting

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT