Artis / Selebriti
” Dah remaja sangat Aleesya, jelita dan menawan. Secantik maknya.. ” – Komen Netizen

Erra Fazira muatnaik gambar raya bersama anaknya, Engku Aleesya raih perhatian warganet. Alahai semakin besar, semakin cantik dan ayu lah Aleesya, copy paste Erra sangat. Gambar nombor 4 paling sweet..
Erra Fazira digelar primadona Melayu oleh peminat seni tanahair. Kecantikan Erra tidak luntur dan kelihatan awet muda sekali pun usianya sudah pun lebih 50 tahun. Erra memiliki seorang anak perempuan hasil perkahwinannya bersama Engku Emran bernama Engku Aleesya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Erra Fazira, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Erra bersama Aleesya. Sedondon mengenakan baju kurung moden berwarna merah jambu, kedua-dua anak dan ibu ini kelihatan begitu menawan.
Ramai yang memuji kecantikan Aleesya yang semakin mirip dengan Erra. Bayangan watak Watie yang Erra pernah lakonkan dalam filem box office Sembilu dahulu kelihatan pada wajah Aleesya. Aleesya mewarisi kecantikan Erra dan ada auranya yang tersendiri.
Pada ruangan kapsyen posting ini, Erra mencoretkan ucapannya untuk semua peminat. Ampun dan maaf dipinta oleh Erra seandainya ada kesilapan dan dosa yang Erra lakukan selama ini. Harapan Erra, agar kedatangan Syawal kali ini menjadikan semua insan lebih baik.
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin. Sama2 cantik dan manisnya . Mama dan anak dh nk sama tinggi. Masha Allah… tabarakallah. Aamiin.. “
” Selamat hari raya Erra dan Aleesya.. cantiknya both of you.. Aleesya mewarisi maknya sangat.. “
” Cantiknya Erra dengan anak.. muka sama lah anak dengan mak ni. Selamat hari raya maaf zahir batin Erra.. “
” Macam adik dengan kakak.. Aleesya nampak macam Watie Sembilu pulak.. Watie junior hehe.. makin besar makin cantik.. “
” Cantik sangat mom & daughter.. mana satu mak mana satu anak ni.. dah remaja sangat Aleesya.. jelita menawan.. “
” Copy paste mummy sangat ni Aleesya.. dah macam kakak dengan adik.. bukan mak dengan anak ni.. sama-sama lawa.. “
” Eh eh anak dara Erra cantiknya dia. Dah makin sama dengan Erra masa muda dulu. Manis senyuman tu.. secantik maknya.. ”
Semakin meningkat remaja, semakin cantik Aleesya. Aleesya sememangnya mewarisi kecantikan yang dimiliki oleh ibunya. Apa-apa pun, selamat hari raya daripada kami di Berita Kopak untuk Erra Fazira dan Engku Aleesya. Semoga bergembira selalu bersama insan tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Erra Fazira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Aku ikut menangis bila Abby kata lama sangat dah simpan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Naya weh mak dia popular, habis result SPM 1 Malaysia pun tahu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sedihnya berlinang air mata baca pesanan ibu Akiko. Sayangnya dia pada abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Pandai Mira, dia tak try hard nak rapat dengan Fatima. Dia biar Fatima selesakan diri dia dengan Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dah lah cantik, muka unik nampak ala ala Jepun. Perwatakan sopan dan happy go lucky.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ni bukan setakat riak, siap menunjuk, ujub, takbur, riak. Semua ditapaunya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bilal mengaji macam orang dewasa. Sebutannya jelas, siap berlagu lagi. Abbas pun ikut mengaji sama.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Fattah tak terkawal malam ni. Dia dah sampai ke bulan, tak sedar tengah live, haha.. ” – Komen Netizen