Artis / Selebriti
” Dah lama tak dengar Razak Ahmad menyanyi. Otai-otai berduet memang best.. ” – Komen Netizen
Video Salih Yaacob Dan Razak Ahamad Berduet Bersama Ketika Live Raih Perhatian Ramai. Wah, Suara Masing-Masing Masih Maintain Macam Dulu, Otai Masih Berbisa !!
Meninjau ke satu akaun Tiktok, perkongsian dua buah video yang memaparkan Salih Yaacob dan Razak Ahmad berduet bersama telah meraih perhatian ramai. Kedua-dua selebriti ini sangat popular suatu ketika dahulu dan sehingga kini masih ramai lagi yang meminati mereka.
Salih dahulunya merupakan seorang pelakon, pelawak, penyanyi, pengacara dan penyampai radio kini sudah lama tidak bergiat dalam dunia seni. Kedua-duanya merupakan artis serba boleh dan berbakat. Walaupun sudah berusia, kedua-duanya masih boleh menyanyi dengan baik.
Salih pernah mengeluarkan beberapa buah album ketika bergiat dalam dunia seni berbeza dengan Razak yang banyak bergiat aktif dalam dunia lakonan. Namun begitu Razak juga boleh menyanyi. Wah, memang terhibur mendengar nyanyian mereka.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan jumlah tontonan daripada waragnet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai peminat yang merindui kedua-dua selebriti ini kerana sudah lama tidak muncul di kaca televisyen. Dengan ada video ini ia mengubati kerinduan peminat.
Jom tonton video di bawah :
@rempeyekyespapa Test Lagu merapu satu kali 😁 #LIVEhighlights #TikTokLIVE #fyp
@rempeyekyespapa Eh, dia nyanyi lagu kita la… #razakahmad #LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila melihat kedua-dua selebriti ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Saya peminat Abang SY dari dulu, Abang SY penghibur dalam kelas tersendiri. Rindu gandingan SY dengan KE dekat sinar.. best giler .. “
” Teringat zaman sinar fm setiap pagi, tak kering gusi, dalam bas pun boleh gelak kalau dengar SY, KE & Kril. Hari ini dan Semalam tajuk lagunya .. “
” Hari ini kau datang riang..tersenyum buat ku senang. saya nak lagu pisang panas ni bang..kawan saya datsunlove pun minat betul lagu tu.. “
” Cunnnnn nakkkkkkkk, segmen kt sinarfm.. Razak Ahmad ni ialah seniman yang serba bolih. Berlakun, menyanyi, berzanji dan pelawak.. “
” Dh lama x dgr razak ahmad menyanyi.. aku selalu dngr lagu abg salih yacob nie…x jemu dngr…dlm kreta jgn ckp la ari2 dngr.. “
” Assalamualaikum….. otai2 berduet best…. saya cukup minat lakonan Abg Saleh ngn Abg Razak.. semoga diberi kesihatan yg baik utk otai2.. “
” Semoga saleh yaacob n razak ahmad diberi kesihatan yg walafiat bahagia bersama keluarga n sahabat2 semua sentiasa dlm rahmat n lindungan Allah swt.. “
Inilah yang dikatakan otai masih lagi berbisa. Walaupun usia sudah meningkat, kedua-duanya masih boleh menyanyi dengan baik seperti dahulu. Semoga Salih Yaacob dan Razak Ahmad sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan dan dipanjangkan usia. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rempeyekyespapa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti5 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aiyokkk Tokwi dah bunyi. Bapak sound halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Congrats Ayda for the 3rd baby. Cantiknya nama baby Ayda.. ” – Komen Netizen

