Artis / Selebriti
” Dah berapa kali dengar masih menitis air mata. Menusuk kalbu suara Amir.. ” – Netizen

Video Nyanyian Penuh Single Baru Amir Sisi Berjudul Ayah Ibu Buat Ramai Yang Sebak. Bait-Bait Lirik Lagu Ditambah Suara Amir Yang Gemersik Menyentuh Hati Yang Mendengar !!
Sebagaimana yang diwar-warkan, hari ini 23 Februari 2024 telah dilancarkan lagu single baru juara The Chosen One, Amir Sisi. Ini adalah salah satu hadiah yang dijanjikan iaitu single bersama syarikat Rocketfuel Entertainment. Penantian peminat Amir berbulan-bulan lamanya akhir berakhir.
Meninjau akaun Tiktok Amir Sisi, telah dikongsikan berita kepada semua yang lagu ini dapat ditonton di Youtube Amir Sisi. Beberapa hari sebelum ini, sedikit sedutan lagu tersebut telah pun dikongsikan dan ianya mendapat perhatian ramai. Komen warganet, intro sahaja sudah cukup mengamit rasa sedih pendengar.
Bermula tengah malam tadi, lagu penuh Amir mula didengari dan banyak komen positif yang diterima setakat ini. Lirik yang sangat mendalam maknanya, dialunkan dengan suara Amir yang gemersik dan merdu, semakin terasa sayu dan sedih di hati yang mendengarnya.
Lagu berkisar mengenai pengorbanan ayah dan ibu dalam membesarkan anak agar si anak mencapai kejayaan memang memberi kesan kepada semua. Itu lah realiti kehidupan, betapa sukar pun pastinya ibu dan ayah akan berusaha agar anak mereka mampu berjaya dan tidak berasa kekurangan sekali pun perlu berkorban apa sahaja.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Video penuh lagu Amir di hujung artikel )
@amirunukofficial ♬ I praise Allah for sending me you my love… – Islamic Music
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian dan ratusan tanda suka daripada warganet dicatatkan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulillah pandai Amir menghayati lagu baru. Terbaik sangat.. lagu yang menyentuh hati.. Semoga terus berjaya dan bahagia hingga jannah.. ”
” Sebak dengar lagu Amir. Sayang ayah ibu sampai syurga.. lagu nya sangat bagus amir ni suara pon aduh saya rasa nak menangis dah bila dengar nya.. ”
” Indah sungguh tiap bait-bait ayatnya.. Tahniah Amir, anda memang hebat. sedap ddgr, best lagunya ssuai dgn suara unuk.. love sgt.. ”
” Tahniah Amir lirik lagu yang menyentuh hati.. Sedih sangat-sangat hati bila dengar. Pengorbanan ayah ibu yang tidak ada tandingannya.. ”
” Naskah ringkas luahan ikhlas hati anak kepada pengorbanan ayah dan ibunya. jangan lupa sediakan tisu korang, memang sedih.. ”
” Dah dengar, memang kena sedia tisu. Menusuk kalbu, semoga single terbaru unuk ini akan mendapat sambutan luar biasa.. ”
” Sedap sangat lirik dan melodi meruntun jiwa, terbuai2 hati, dah berapa kali dengar masih menitis airmata.. ”
Luahan hati seorang anak atas pengorbanan mak dan ayah. Semoga Amir akan menjadi anak yang sentiasa menghargai jasa kedua ibu bapa dan menjadi anak yang soleh selamanya. Kejayaan Amir adalah berkat pengorbanan dan restu Amek dan Apak, semat selamanya di dalam jiwa.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amirunukofficial, Youtube Channel Amir Sisi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kak Long jerit pun sopan, nasib baik tak lompat kat Abang Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Feeling betul Kak Long menyanyi lagu Abang Long. Best sangat suara tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Masuk air betul lah Sharnaaz, berdekah Ameera kena sakat, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Semakin berat hint daripada abang Long Fattah. Jelas sangat tu, takde cover dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Iras Zahirah Macwilson, 11 tahun dah cantik macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku baca komen semua, engkau ni kahwin paksa Fikry. Kau kena betulkan benda ni.. ” – Ain Edruce
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mata masuk habuk lah, touching tengok video ni. Sayang betul Matin dengan mummy dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alaa tang Amira panggil abang tu. Sweetnya, macam betul dah nikah.. ” – Komen Netizen