Artis / Selebriti
” Confident nak ajar daddy dia cakap Bahasa Tamil.. ” – Raja Ilya
Video anak Raja Ilya, Talita Love mengajar bapanya bercakap bahasa Tamil buat ramai terhibur. Wah pandainya Talita ajar daddy. Paling win tetap part Talita goyang-goyang kepala dan badan sambil cakap Tamil. Comel sungguh lah Talita..
Semalam telah pun tular video anak Raja Ilya cuba bercakap beberapa perkataan dalam bahasa Tamil sambil diajar oleh ibunya sendiri. Hari ini Raja Ilya telah berkongsi video terbaru Talita Love cuba mengajar bapanya, Trent Garrett bercakap tamil pula.
Talita cuba menyebut ‘ sapptingalla ‘ yang bermaksud ‘dah makan ke ?’ kepada bapanya. Bapa Talita mengikut sahaja apa yang diajar oleh Talita yang pada ketika itu sedang makan. Wah cepat betul Talita boleh ingat perkataan bahasa Tamil yang dipelajarinya.
Apa yang menarik ialah Talita tetap mengoyangkan kepala dan badannya ketika sedang bercakap bahasa Tamil. Kelakar sangatlah Talita ni. Nampaknya Talita sangat berminat untuk belajar bahasa Tamil sehingga boleh mengajar orang lain pula.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 1 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pastinya ramai peminat tidak sabar untuk melihat Talita bercakap bahasa Tamil dengan begitu fasih selain daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Adoiiii kak long dia buli daddy pulakkk cakap tamil. Naange saptom Talita, neenge saptinggala ? Almost there Daddy accent tu dah betul dah.. “
” Satu badan dia goyang so cute.. Almost there Daddy accent tu dah betul dah. Good talita Learn bahasa Malaysia
Learn Tamil Love to hear raja Aliya voice So sweet.. “
” Leh geleng ke tidak itu secondary..yang penting confident mesti kena ada.. She’s clever and pretty.. Dh la talita, tgeliat plk tengkuk tu nti.. “
” Sb anak dara bertuah ni lah kita follow mummy dia rajailya.. Ank perempuan ikut muka daddy ank lelaki ikut muka mummy .. “
” Mmy tolong update video kaklong stp ari ye…kita buka ig sbb tggu video kaklong.. comel lah .. daddy plk magsa talita.. “
” Wah, Daddy also pandai to speak tamil … You are really a good teacher, Penat la daddy awak talita.. Tak boring mommy ada kawan.. “
” She is so cute, the whole body has to goyang just to say 1 word .. Untung dia dpt belajar byk bahasa.Kalau dpt ckp mandarin kira betul2 majmuk.. “
Alahai, comel sungguh gelagat Talita bercakap bahasa Tamil sambil menggoyangkan kepala dan badannya. Apa yang penting Talita sangat yakin untuk bercakap bahasa Tamil walaupun belum fasih sepenuhnya. Apabila selalu berlatih bercakap dalam bahasa Tamil lama-lama pasti sempurna sebutan Talita. All the best Talita..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Raja Ilya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen

