Artis / Selebriti
” Comelnya Rina nyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Maryam You Narae, Rina Sebelum Tidur Buat Ramai Terhibur. Amboi Tak Reti Diam Lah Mulut Rina Ni, Sebijik Macam Mommy !!
Bayi kacukan Malaysia dan Korea iaitu Rina sering menjadi perhatian di media sosial. Cahaya mata kepada Nik Muhammad Ryzal dan Maryam You Narae ini baru berusia 1 tahun. Wajahnya yang comel membuatkan ramai ger4m melihatnya.
Terbaru di Instagram, video gelagat Rina sebelum tidur telah dikongsikan. Sebelum tidur, Rina akan berceloteh dalam bahasanya sendiri dan menurut Maryam, Rina ingin menyanyikan lagu Twinkle Twinkle Little Star.
Walaupun bahasa Rina sukar difahami namun sebagai ibu pastinya Maryam memahami apa yang dimaksudkan oleh anaknya. Alahai, ger4m sangat melihat gelagat Rina sampai tersembur-sembur air liur dengan celotehnya.

Setelah puas berceloteh dalam bahasanya sendiri, akhirnya Rina berjaya tidur dengan lena. Gambar Rina sedang tidur juga turut dikongsikan. Sebagai ibu, pasti Maryam berasa lega kerana Rina akhirnya berjaya ditidurkan.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk video seterusnya.. )
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Macam baca doa pum ada… nyanyi mommy bukan nyani btw so cute.. layan mata ngantok la tu.. ger4mm nye.. “Sembang dulu, baru tido.. “
” Rina ckp korea ke tu.. Akhirnya pengsan, Semoga rina membesar dengan baik dan sentiasa dibawah dilindungan Allah swt.. “
” Alahai rina.. u buat aunty tersenyum. teringat anak2 aunty all 4, time kecil dulu. sama mcam tu.. nyanyi atau bebel2, lpas tu terus love u rina cutie.. “
” Alahai pipi ger4mnya.. Lepas penat berckp2.. dia lena… comey.. Nanti Rina suh daddy ajar baca surah alikhlas ye, sebelum tidur. Nanti lena dengan indah.. “
” Betoi betoi dah mengantuk tu tpi nk nyanyi gak dulu… Nyanyi ke membebel ? Terhibur hati tgok gelagat rina ni ada je keletah dia mmg budak bijak ni.. “
” Comelnya rina nyanyi lagu twinkle twinkle litte star.. Ger4mnya tgk rina niiiii.. comel n cute snt2… ngantuk snt dh tu gosok2 mata.. “
” Rancak nyr bercerita.. Nyanyi ke jampi ni Rina comel… menyembur2 air liur.. Ala comelnya twinkle rina . Bunyi sama jeer. Sabar nye mami dia layan . Ibu yg baik.. “

Nampaknya Rina juga amat peramah seperti ibunya. Mulut tu macam tidak mahu diam jer, hehe. Tak sabar hendak mendengar Rina bercakap dalam bahasa korea. Semoga Rina membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Duriankimchijr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

