Artis / Selebriti
” Comel sangat dia, siap ingat lirik lagu tu.. ” – Netizen
Video Thr0wback Anak Wawa Zainal, Hayla Menyanyi Lagu Hindustan Sempena Ulangtahun Kelahirannya Raih Perhatian Ramai. Alahai, Sweet Sangat Video Ni !!
Meninjau ke akaun Instagram Wawa Zainal, perkongsian terbaru Wawa telah meraih perhatian ramai. Wawa telah memuatnaik sebuah video thr0wback anak perempuannya, Hayla bersempena ulangtahun kelahiran Hayla pada hari ini.
Video tersebut dirakamkan ketika Hayla berusia 2 tahun. Menurut Wawa, Hayla sudah lancar bercakap di usia 2 tahun dan antara kegemaran Hayla pada ketika itu ialah bersolek. Kini, di usia 7 tahun Hayla sudah pandai membaca.
Wawa turut menitipkan doa buat Hayla agar menjadi seorang anak yang baik. Apa yang mencur1 perhatian ialah gelagat Hayla dalam video tersebut di mana Hayla boleh menghafal lirik lagu hindustan yang didengarnya.

Hayla menyanyi bersama-sama dan turut menghayati lirik lagu tersebut dengan memberi c1uman kepada bapanya, Aeril Zafrel. Alahai, sweet sangat momen bapa dan anak ini. Hayla pun comel sangat dalam video tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran kepada Hayla. Antara komen-komen yang diberikan :
” Happy birthday hayla cantik semoga jadi anak yang solehah.. comel hayla.. semoga menjadi penyejuk hati mama ayah.. “
” Happy birthday hayla anak solehah bijak pndai semoga selalu baik dgn semua orng .. comel sgt dia.. siap ingt lirik lagu tu.. “
” Happy birthday hayla sayang.. auntie doakan semoga kejayaan dan keberuntungan menjadi milik kamu selalu. aamiin.. “
” Happy birthday hayla comel semoga membesar menjadi anak yang solehah,bijak pandai,dan sentiasa menyenangi mama ayah.. “
” Happy birthday Hayla . Semoga jadi anak yg solehah, kakak yg baik, penyejuk hati mama ayah.. sama besday anak saya.. “
” MashaAllah alhamdulillah… semoga menjadi anak solehah.. Di Kasih org,Di cintai insan & Di sayangi semua ummah. Berjaya dan Bahagia dunia akhirat aamiin Slmt Hari lahir gadis yg ctk istimewa.. “
” Happy birthday hayla cantik bijak pandai semoga besar nanti jadi wanita solehah aaminnnnn .. comelnya video ni.. “
Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran kepada Hayla. Semoga membesar menjadi anak yang baik serta membahagiakan kedua ibubapa. Happy Birthday Hayla yang cantik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Wawa Zainal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti4 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” 5 tahun, rasanya masih utuh dan sama.. ” – Shuib Sepahtu

