Connect with us

Artis / Selebriti

” Comel sangat. Anak muka daddy, mummy makin comel.. ” – Netizen

Video Dan Gambar Sambutan Hari Raya Aidilfitri Intan Ladyana Sekeluarga Raih Perhatian Peminat. Alahai Makin Comel Evie Khadeeja. Makin Besar Makin Nampak Muka Macam Daddy. Part Evie Salam Mummy Tu Cute Sangat !!

Meninjau ke akaun Instagram Intan Ladyana, perkongsian beberapa keping gambar dan juga sebuah video ketika sambutan hari raya Aidilfitri tempoh hari telah meraih perhatian ramai peminat dan pengikut Instagram Intan.

Intan dan suami, Harris Alif serta satu satunya cahaya mata mereka iaitu Evie Khadeeja berpakaian sedondon dengan tema warna krim dan hijau. Penampilan Intan yang kini sudah berhijab sepenuhnya bertambah cantik dan manis.

Selain itu, gelagat Evie juga turut mencur1 perhatian ramai. Evie sudah semakin besar dan wajahnya sangat seiras dengan bapanya. Bak kata orang tua, sejuk dan bahagia rumahtangga apabila anak perempuan seiras wajah bapa.

Video yang dikongsikan memaparkan sesi bersalam dan bermaafan antara Intan dan suami serta Evie. Pasangan ini turut memberikan ucapan selamat hari raya di akhir video tersebut. Comel sangat Evie dengan baju kurungnya.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang gembira melihat keluarga kecil ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Salam Aidifitri to you and your family Mkin cmel kak intan mntelny pipi gebu kulit.. “

” Masha Allah lawa sgt sjk bertdung.. cntik berseri2 .. Betul laa orang kata, kalau cantik pakai apa pon cantik.. “

” Cantek nya, Selamat hari raya. evie.. Cantiknye la intan.. I love your outfit with hijab Ma syaa Allah.. “

” MasyaAllah syantik nya bby muka ikut muka ayah dia..org tua² ckp sjuk rumah tangga semoga bhagia selalu family ni aamiin ya rabbal alamiin.. “

” Bila kte jumpa pasangan yg tepat.. Tak kesahla muda.. Mukaa samaa jee bertigaa ni.. Kak Intan! Baju you from where? “

” Chinese looks Evie, smg membesar sihat, pintar dan berbakti pd parent ya.. Sukanya tengok couple ni.. “

” Berapa kah ketinggian haris skrg..last saya npk haris thn 2015.. kecil lg masa tu.. hensem putih.. ramai nye org nak bergbr ngan dia. letih dia.. masa tu kt bandar perda.. seberang jaya.. “

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada Intan Ladyana dan Harris Alif. Pastinya Syawal tahun ini sangat indah buat pasangan ini dengan kehadiran Evie sebagai pelengkap kehidupan mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Intan Ladyana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT