Connect with us

Artis / Selebriti

” Akhirnya tahun ni Mama pulang bergaya dengan wang tunai berkepok-kepok.. ” – Norman Hakim

Norman Hakim Kongsi Video Gelagat Abby Abadi Yang Bersungguh-Sungguh Ketika Bermain Game ‘ Kaut Duit ‘ Buat Ramai Terhibur. Sekali Abby Cedok Banyak Betul Dapat. Norman Kata Abby Tebus Kekalahannya Tahun Lepas, Hehe !!

Meninjau di akaun Instagram pelakon Norman Hakim telah berkongsi beberapa video yang memaparkan rumahnya telah mengadakan majlis rumah terbuka bersama sanak-saudaranya. Turut kelihatan, Abby Abadi juga hadir bersama anak-anak.

Pelbagai juadah disediakan dan kesemua yang hadir cantik bergaya mengenakan baju berwarna sedondon iaitu putih. Namun apa yang menjadi perhatian adalah satu video merakamkan telatah Abby sedang bermain game ‘kaut duit’ .

Dalam video itu, mata Abby ditutup dan Abby memegang sudip dan bersemangat mengaut duit yang ada di hadapannya. Kedengaran ramai yang menjer1t setelah melihat Abby berjaya mengaut banyak keping duit yang ada di atas lantai.

Seloroh Norman di ruangan kapysen, tahun ini Abby menang besar dan menebus kek4lahannya pada tahun lalu. Sehingga kini, video-video yang dikongsikan oleh Norman telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

View this post on Instagram

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai video yang dikongsikan oleh Norman ini. Antara komen-komen menarik adalah :

” Masya Allah, meriah keluarga besar mummy. Semoga terus kekal bahagia hingga ke syurgawi ya semua.. “

” Rezeki tak salah address, berapa semua total dapat tu ? Hebat lah Abby main, hehe.. Meriah tengok suasana.. “

” Bestnya dapat kumpul ramai2, siap sedondon lagi warna baju semuanya..  Tumpang happy tengok keluarga besar ni.. “

” Wahh terbaik lah mama, kita yang tengok pun rasa semangat, hahaha..  Tahun ni, mama terpaling kaya lah.. “

” Haha rm 320 raso2.. Hebat lah mama, kemain semua sorak tengok mama main.. Murah rezeki mama.. “

” Wow dapat banyak tu, rasa 500 lebih..  Meriah betul suasana majlis keluarga besar ni, moga terus aman makmur.. “

” Terror la mama Abby byakkk kot dapat duit… Suka game mcmnie.. Havoccc betul.. Semua jer1t tengok mama Abby dapat banyak.. “

Wah hebat lah Abby, nampak macam banyak duit yang Abby dapat dalam permainan tersebut. Apa-apa pun semoga keluarga besar ini akan terus kekal bahagia bersama hingga ke akhir hayat. Teruskan menjadi inspirasi kepada semua.

Silakan SHARE..

Sumber : IG normanhakim_ 786, mamayebbyyabadi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT