Connect with us

Artis / Selebriti

” Comel sangat Alisa t1ru abang dia.. ” – Netizen

Video Gelagat Yusuf Iskandar Dan Alisa Aisyah Ketika Sarapan Pagi Raih Perhatian Peminat. Amboi Alisa, Bukan Main Lagi Mengajuk Cakap Abang. Comel Sungguh !!

Jadual yang teratur dan sistematik penting untuk memastikan anak-anak kekal cergas dan ceria sepanjang hari. Mengambil langkah semenjak anak-anak masih kecil, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sudah menjalankan jadual rutin yang tersusun untuk anak mereka, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Meninjau akaun Instagram Yusuf Iskandar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Yusuf bersama Alisa sedang bersarapan pagi. Video yang dirakam oleh Hairul ini dimuatnaik kira-kira jam 6 pagi tadi sudahpun ditonton lebih daripada 83 ribu tontonan. Yusuf yang nampak segar menyebut beberapa perkataan dan Alisa men1ru semula percakapan Yusuf itu.

Yusuf memang cukup dikenali peminat dengan mulutnya yang petah dan bijak dalam percakapan. Manakala Alisa pula sudah semakin banyak perkataan yang boleh disebut dan kadang kala ayatnya mencuit hati. Bagi mereka yang mengikuti perkembangan keluarga Hairul, pastinya tahu mereka ibu bapa yang tegas dalam mendidik anak-anak.

Tidak dided4hkan dengan gajet, malahan menonton televisyen juga tidak sewenang-wenangnya seperti kanak-kanak lain. Yusuf dan Alisa hanya dibenarkan menonton di hari minggu dan itupun dalam had masa yang ditetapkan. Dua beradik ini juga sudah dilatih untuk tidur seawal jam 8 malam.

Jom tonton video di bawah :

Gelagat ceria Yusuf dan Alisa di pagi hari ini menarik perhatian peminat. Wah betul-betul sarapan di awal pagi dua beradik ini. Antara komen-komen peminat :

” Wahh they’re so good. having very early breakfast, good morning. Cute betul dua beradik ni. Alisa twinning abang Yusuf, semua diikutnya haha.. “

” Awalnya bangun, bagus lah Yusuf dan Alisa ni. Helokk adik beradik ni, comel sangat Alisa t1ru abang dia.. “

” Wow bangun tido pun comel. Awal nau breakfast, good habit la dua beradik ni. Segar mukanya good, handsome and cute.. “

” Morning Yusof and Alisa. Awalnya bangun breakfast budak comel berdua ni. alisa menjadikan abang yusuf sebagai rolemodel. apa yusuf cakap smua dia ikut.. “

” Good morning little munchkins yusuf and Alisa. Awal betul breakfast dan awal bgun. Mulai hari dengan ceria, anak-anak yang hebat.. “

” Bagus budk2 ni bgn awal, tak ngantuk pon nampak ceria ade lah. Breakfast pukul 6 tu. good job Yusuf Alisa. Mengikut je si kecik tu haha.. “

” Good morningggg bagus bangun awal nie senang nk ke sekolah nanti. Rezeki murah bangun awal, handsome boy and cute girl Mashaallah.. “

” Good pratice. Wake up early morning. Never expected for kids haha. Baguslah Yusuf ni, bangun awal. Otak yang cergas dan cerdas bermula dari pagi yang ceria.. “

Seronok sahaja Alisa mengikut semua yang disebut Yusuf dan kedua-duanya juga nampak segar walaupun baru bangun. Jadual harian yang terbaik daripada mommy Hanis untuk anak-anak comelnya ini. Semoga Yusuf dan Alisa membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yusuf Iskandar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT