Artis / Selebriti
” Comel je sebutan, cute sangat ni Evie.. ” – Netizen
Video Evie Khadeeja Menyebut Nama Daddy Dan Mummynya, Harris Alif Dan Intan Ladyana Buat Ramai Terhibur. Alahai Comelnya Evie Sebut Nama Mummy Tu. Lain Macam Bunyinya, Hehe !!
Evie Khadeeja nama diberi untuk puteri sulung Intan Ladyana dan Harris Alif. Evie menyambut ulangtahun kelahiran keduanya pada hujung bulan Januari baru-baru ini. Pada usianya yang sudah 2 tahun, Evie semakin petah bercakap dan banyak mulut.
Meninjau akaun Instagram Harris Alif, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Evie sedang bercakap bersama Harris. Evie yang diletakkan dalam stroller kelihatan sedang memegang anak patung panda. Sayang betul Evie pada pandanya itu.
Harris bertanyakan kepada Evie apakah nama pandanya itu. Evie menyebut Harris Alif pada awalnya dan seketika kemudian menyebut Harris Alif, Intan Nana. Apabila Harris mengulangi pertanyaannya itu, Evie sekali lagi menjawab Harris Alif, Intan Nana.

Alahai Evie, comel sangat sebutan nama mommy tu. Intan Ladyana jadi Intan Nana pun boleh lah. Panjang sangat nama mommy Evie nak sebut yer. Suara Evie pun comel sangat. Perkongsian ini telah meraih perhatian daripada warganet.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini video ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nama mommy dia dah jadi Intan Nana.. Haha comel je sebutan Intan Nana haha.. clever baby idol mommy Intan Ladyana.. ”
” Intan Nana eh haha.. soalan punca ni daddy haha.. cute sangat ni Evie. Intan Nana nama baru okey.. ”
Umur-umur sebegini memang seronok mendengar anak bercakap. Harris pun rajin melayani Evie berbual dan bertanyakan macam-macam soalan. Itu juga antara teknik dan skill supaya anak boleh cepat bercakap. Sebutan ‘Harris Alif’ yang Evie sebut pun clear.

Apa-apa pun, semoga Evie Khadeeja membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang solehah kepada mommy daddy, dikurniakan Allah akal fikiran yang bijak dan menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Harris Alif
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen



