Artis / Selebriti
” Comel je Ara ni, kecil tapi matang bercakap. Very educated GenZ.. ” – Komen Netizen
Temubual wartawan bersama anak perempuan Aziz M. Osman, Puteri Azzahra raih perhatian warganet. Wah bijaknya Ara, baru 14 tahun dah nak masuk universiti. Beauty with brain lah Ara ni..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual bersama anak perempuan pengarah popular, Aziz M. Osman bernama Puteri Azzahra atau mesra dengan sapaan Ara. Ara seorang yang petah bercakap dan aktif di media sosial.
Ara kini telah pun berusia 14 tahun dan semakin bijak berkata-kata. Menerusi video ini, Ara memberitahu dia kini sedang mengikuti program kemasukan ke universiti secara fast track. Mengikut perancangannya, Ara akan melangkah ke universiti pada tahun hadapan.
Untuk merealisasikan impiannya ini, Ara perlu lulus dalam peperiksaan International General Certificate of Secondary Education atau singkatannya ICGSE. Ara turut memberitahu pengajian dalam psikologi adalah pilihannya kerana dia meminatinya sejak beberapa tahun yang lalu.

Untuk sementara Ara akan belajar di dalam negara dulu dan apabila masanya sesuai Ara akan menyambung pengajiannya ke luar negara. Cara Ara bercakap yang tersusun dan fasih berbahasa Inggeris mengagumkan warganet. Sememangnya anak-anak Aziz M. Osman bijak dan pandai semuanya.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ayahnya pun bijak sejenis manusia yang berfikiran di luar kotak.. Anak-anak M. Osman semua pandai-pandai.. “
” Tak pelik laa, ayah dia dulu buat mesin rentas masa.. mesin halimunan.. Ara ni dari kecik dah bijak.. “
” Terbaik parents.. terbaik Aziz M Osman.. kudos to her and her parents.. young and excellent.. Smart girl, all the best in your studies and may you success in everything you do.. cara bercakap pun nampak matang sangat.. “
” Comel je.. kecik tapi matang bercakap.. anak pintar ni.. power lah along didik anak. alhamdulillah.. “
” International school memang macam ni kan… sbb tu silibus internasional school x sama macam sek kerajaan, silibus diorg advance.. “
” Kerana terlalu minat tapi sangat pandai ni.. Ara ni dari kecik lagi pintarnya.. Muga terus maju jaya.. Bijaknya umur 14 dah masuk universiti.. “
” Bagus dia ni.. biasa budak2 bijak takde cakap melayu dah… all dia sapu English tp dia ni tetap guna bahasa melayu tp ada mix la juga.. “
” Bezanya dengan kita umur 12 tahun dulu.. very educated GenZ. Fmili dia dr dulu pndai2 aziz n adek bradek pandai2 kan msa muda2.. “
Hebat lah anak dara Aziz ini, walaupun usianya masih muda tetapi pemikirannya matang dan penuh dengan visi untuk masa depan yang cerah. Semoga semua perancangan Ara untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG Ara
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti7 days ago” Rayyan berlari pun beza dengan yang lain. Dah memang terlatih, power.. ” – Komen Netizen

