Artis / Selebriti
” Cantiknya Tokti, video last tu comel je tengok mata Tokti.. ” – Netizen
Video Dan Gambar Penampilan Dato’ Seri Siti Nurhaliza Ketika Menunaikan Ibadah Umrah Raih Perhatian Warganet. Cantiknya Muka Tokti Tanpa Makeup, Awet Muda Sangat. Part Tokti Pakai Purdah Tu Lawa Sangat !!
Siapa tidak mengenali penyanyi bersuara merdu, Dato’ Seri Siti Nurhaliza ini. Apa sahaja yang dikongsikan oleh Dato’ Seri Siti mengenai perkembangannya pasti mendapat perhatian para peminat di media sosial.
Beberapa hari lalu, Dato’ Seri Siti telah berkongsi yang dirinya dan suami, Datuk Khalid telah berangkat menunaikan ibadah umrah. Difahamkan anak-anak pasangan ini, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa tidak ikut serta ke Tanah Suci.
Meninjau di akaun Instagram, Dato’ Seri Siti telah memuatnaik beberapa gambar dan video ketika berada di Madinah sebelum berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah. Menerusi gambar pertama, Dato’ Siti bergambar bersama Datuk Khalid.

Cantik mengenakan jubah dan bertudung litup tanpa mengenakan sebarang solekan, wajah Dato’ Seri Siti telah menjadi perbualan warganet. Sehingga kini perkongsian baru Dato’ Seri Siti telah menerima ratusan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyatakan yang wajah Dato’ Seri Siti tanpa sebarang solekan begitu cantik. Malah ada yang menyukai video Dato’ Seri Siti memakai purdah. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cantiknya Tokti, video last tu comel je tengok mata Tokti.. Semoga Tokti dapat menunaikan umrah dengan keadaan sihat dan tenang … Ameen.. Selamat kembali ke Malaysia dengan selamat.. “
” Semoga Ctdk berikan kesihatan yg baik, sentiasa dlm lindungan & rahmatNya spnjg berada disana & mendapat umrah yg mabrur.. Doakan kami dpt kesana juga.. “
” Slide gambar ke lima, wow cantik betul lah Dato Siti.. Nampak lain wajah tanpa makeup.. Lagi cantik, bersih je muka.. “
” MasyAllah, bersinar sinar wajah dato.. Doakan suatu hari nanti saya dan suami ke sana ya. Amin YRa.. “
” Wehhh orang arab kat sana dah lah suka sebut nama Siti Nurhaliza. Tup2 orang arab sana jumpa betul dengan Siti Nurhaliza, mesti terpegun tengok kan, lawa betul.. “
” Alhamdulillah Semoga mendapat umrah yg mabrur dan dipermudahkan segala urusan ya Dato dan suami.. Cantik tengok Dato berpurdah.. “
” Lawanya Mak Iti, makeup pun cantik, tak makeup pun cantik.. Mak Iti memang dilahirkan seorang yang cantik semula jadi.. “
MasyaAllah berseri-seri wajah Dato’ Seri Siti, cantik sangat. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak berharap semoga segala urusan Dato’ Seri Siti menunaikan ibadah umrah sentiasa dipermudahkan dan moga Dato’ Seri Siti diberikan kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga3 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

