Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantiknya style tudung Dekta, manis je dia senyum.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Penampilan Anak Perempuan Shuib Sepahtu, Talita Yang Cantik Mengenakan Tudung Raih Pujian Warganet. Alahai Manis Betul Dekta, Nampak Ayu Jer Muka Dia !!

Meninjau ke akaun Instagram milik isteri pelawak dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu, Watie telah dikongsikan beberapa gambar baru yang memaparkan mereka sekeluarga ada menghadiri satu majlis. Kelihatan ada bersama adalah anak sulung Shuib iaitu Uwais.

Watie mengenakan jubah berwarna hitam dan ketiga anak-anak Shuib mengenakan baju bertemakan warna merah hati. Namun penampilan anak perempuan Shuib, Talita telah mencuri perhatian warganet kerana pada malam itu, Talita mengenakan tudung dan berjubah.

Klik gambar untuk info..

Penampilan Talita bertudung labuh menutupi dada kelihatan sangat manis dipandang. Bahkan gaya tudung yang dipakainya juga kelihatan menarik serta menaikkan seri wajahnya. Sehingga kini, perkongsian terbaru oleh Watie itu menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ada yang mengatakan yang Talita sudah dewasa dan mendoakan agar imej bertudung Talita ini akan berterusan serta berharap Talita akan perlahan-lahan belajar memakai tudung. Alahai cantik sungguh Talita, nampak sangat manis dan ayu.

Ikuti perkongsian gambar-gambar di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya)Β 

Di ruangan komen, ramai yang menyukai penampilan Talita dan memuji Talita kelihatan cantik apabila mengenakan tudung. Antara komen-komen warganet adalah :

” Cantiknya style tudung Dekta, manis je dia senyum.. Acik doakan semoga lepas ini Dekta perlahan-lahan belajar memakai tudung yer sayang.. “

” Comelnya Dekta, terus istiqamah ya.. Didoakan semoga keluarga Shuib Dan Watie ini akan berkekalan Hingga ke Syurga Aamiin.. “

” Kekalkan Talita berhjb, lawa sangat.. Kejap dah besar anak dara Siti Sarah ni.. Nampak Talita memang manja betul dengan mummy watie.. “

”Β  Loveeee Dekta so muchhhh.. Cantik betul baju mak dan anak perempuan.. Nampak bahagia sangat keluarga Shuib.. Moga terus berkekalan.. “

” Cantik Talita, Matin comel, perut dah buncit ke depan tu.. Mesti makan banyak kan, hehe.. Semuanya nampak happy sangat.. Alhamdulillah.. “

” Suka tengok depa ni.. Moga kekal bhgia ke Jannah.. Semoga Allah permudahkan kita mendidik anakΒ². Berjaya dunia Akhirat, AMIN.. “

” Masyallah semua berseri yaa terpancar aura bahagia.. Tahun ni lengkap lah keluarga Shuib dengan kehadiran Watie penyeri keluarganya.. “

Klik gambar untuk info..

Sekejap sungguh masa berlalu, sudah besar anak-anak Shuib. Apabila memandang wajah ketiga-tiga anak Shuib ini, sedikit sebanyak ianya mengundang perasaan sebak di hati kerana mengenangkan ketika arwah ibu mereka, Siti Sarah meninggalkan mereka. Semoga anak-anak Shuib terus menjadi anak-anak yang baik, soleh dan solehah buat kedua ibu bapa mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG iamwatie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT