Artis / Selebriti
” Cantiknya mommy to be. Nampak dah cahaya keibuannya.. ” – Netizen
Tasha Shilla Kongsi Gambar Terbarunya Yang Kini Sedang Hamil 5 Bulan. Semakin Cantik Tasha, Berseri-Seri Ibu Mengandung Ni. Baby Bump Tu Comel Sangat !!
Pelakon Natasha Sheila Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Tasha Shilla telah membuat pengumuman rasmi yang Tasha bakal bergelar ibu tidak lama ini. Untuk rekod, Tasha telah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq Idris pada bulan Februari 2020.
Menerusi laman Instagram Tasha, telah dikongs1kan sekeping gambar Tasha memegang perut dan menunjukkan baby bump kandungannya yang kini berusia 5 bulan. Wajah Tasha kelihatan cantik berseri menyerlahkan lagi seri ibu mengandung.
Melalui kapsyen ditulis, Tasha telah melahirkan rasa bersyukur kerana merasa pengalaman mengandung sesuatu yang t1dak dapat dia bayangkan. Ini merupakan hadiah yang tidak bernilai daripada Allah SWT. Selain itu juga berterima kasih kepada tahun 2020 kerana memberi dirinya pengajaran yang tidak bernilai.

Tasha turut mendoakan semoga semua peminatnya dikurniakan kesejahteraan, dilimpahi kebaikan dan kebahagiaan. Selain itu, Tasha memohon supaya peminatnya akan sentiasa istiqamah dalam membuat kebaikan dan sentiasa dibawah rahmat Allah. Tasha juga berharap bahawa tahun 2021 akan menjadi lebih baik untuk dirinya dan semua orang.
Ikuti perkongsian di bawah :
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminatnya memuji wajah Tasha yang kelihatan cantik dan berseri sejak mengandung. Selain mendoakan semoga segala urusan Tasha sepanjang mengandung dan melah1rkan dipermudahkan. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :
” Semoga dipermudahkannya.. Congrats girl.. Alhamdulillah. Tahniah.. Cantik berseri2.. seri ibu mengandung.. “
” Cantik sangat.. Tak penah jemu tgk muka mommy cantik nie.. Semoga sis selamat dan bahagia.. Amin.. “
” Alhamdulillah.. Comel ibu.. Nampak dah cahaya keibuannya.. Tahniah.. Cantik sgt.. Alhamdulillah jaga diri kak tasha.. “
” Aamin ya rabb alamin.. Moga Tasha dipermudahkan segala urusan spjg pregnant dan dipermudahkan bersalin.. “
” Cantiknya mommy to be.. Cantiknya Tasha.. Semoga mommy dan baby sihat.. Tahniah Tasya….Alhamdulilah jge diri.. “
” Semoga yang baik2 saje buat Mommy, Daddy dan Baby.. Cntiknye Tasha.. Mommy cantiknya.. “
” Lawanya adik manis.. Semoga tasha dan baby sentiasa dilindungi olehnya.. Tahniah.. Moga 2021 memberi impak positive pada kita sume.. Amin.. “
Memang nampak berseri-seri bakal ibu ini. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Tasha atas kehamilannya. Kami di Berita Kopak mendoakan agar sepanjang proses kehamilan sehingga melahirkan Tasha dipermudahkan olehNya. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tasha Shilla
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia gabung peribahasa, jatuh ke riba pun boleh lah Justin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Orang kata bercinta usia usia macam ni lagi sweet. Arghh tersengih sengih kita.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu mertua tak suka, sekarang Mama YB sayang betul pada Bella, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen

