Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantiknya lahai anak beranak, sweet sangat tengok.. ” – Netizen

Gambar-Gambar Sultan Selangor Dan Tengku Permaisuri Selangor Hadir Ke Majlis Graduasi Anak Sulung Tengku Norashikin, Nur Amanda. Cantiknya Nur Amanda, Memang Persis Wajah Tengku Norashikin !!

Meninjau di akaun Instagram Rasmi Istana Selangor telah berkongsi beberapa gambar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah berangkat ke University of Bristol di bandaraya Bristol, United Kingdom pada 11 November 2022.

Keberangkatan baginda berdua adalah bagi menghadiri majlis graduasi anakanda sulung Tengku Permaisuri Norashikin iaitu Nur Amanda Mustapha Kamal. Nur Amanda yang berumur 22 tahun telah menamatkan pengajian dari universiti berkenaan.

Difahamkan Nur Amanda telah menerima Ijazah Sarjana Kejuruteraan dalam Kejuruteraan Mekanikal (Master of Engineering in Mechanical Engineering). Jarang muncul di laman sosial, berita kejayaan Nur Amanda dikongsikan tersebut telah menarik perhatian warganet.

Sehingga kini, gambar-gambar Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Norashikin hadir ke majlis graduasi Nur Amanda telah menerima lebih 23 ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan anakanda Tengku Permaisuri Norashikin dan memberikan kata ucapan tahniah atas kejayaan yang diperolehi Nur Amanda. Antara komen-komen menarik adalah :

” Cantiknya lahai anak beranak, sweet sangat tengok. Baru umur 22 tahun, wow memang hebat lah. Tahniah Nur Amanda.. “

” Alhamdullilah syukur atas anugerah yg di terima oleh anakanda DYMM Tengku permaisuri Norashikin. Tahniah di ucapkan.. “

” Alhamdulillah.. Congrats Amanda. Semoga menjadi contoh yang baik kepada anak muda yang lain juga. Cantik orangnya, persis bondanya.. “

 ” MashaAllah terharu melihat seorang SULTAN yg penyayang terhadap anakanda tiri baginda. Allah pelihara SULTAN SELANGOR.. “

” Cantik puteri sulung Tengku Permaisuri Selangor macam Permaisuri juga. Minat tengok Tengku Permaisuri sejak jadi pembaca berita lagi.. “

” Congratulations DYMM Tuanku Sultan Selangor and Tengku Permaisuri Norashikin atas kejayaan Nur Amanda, tumpang bangga sekali.. “

 ” 1st time tengok muka anakanda permaisuri Sultan Selangor, manis senyumannya. Dah nampak Permaisuri dan anakanda dua beradik lah, hehe. Tahniah.. “

Barangkali tidak ramai yang mengetahui yang Tengku Permaisuri Norashikin sebenarnya memiliki anakanda yang jelita persis baginda. Cantik dan bijak, dua perkataan ini tepat tentang Nur Amanda. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak turut mengucapkan sekalung tahniah atas kejayaan anakanda Tengku Permaisuri Norashikin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG selangorroyalofficial

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT