Connect with us

Viral

” Cantiknya batu tu, lain dari yang lain.. ” – Netizen

Sultan Johor Berkenan Menghadiahkan Cincin Khas Untuk Kakitangan Istana. Wahh Bertuah Mereka Yang Dapat Berkhidmat Dengan Baginda Tuanku Sultan !! 

Menerusi akaun Instagram rasmi milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berkongsi kenyataan bahawa baginda berkenan untuk mengurniakan cincin khas sebagai tanda kenangan baginda buat kakitangan istananya.

Menerusi kenyataan itu juga, Sultan Ibrahim turut berkongsi cerita bahawa baginda mendapat ilham melalui hobi baharunya iaitu membuat batu cincin daripada sejenis siput. Malah kongsi baginda lagi, baginda pernah dikurniakan oleh Alm4rhumah bondanya sebentuk cincin seperti itu ketika baginda di usia muda dahulu.

Hingga kini cincin tersebut baginda telah turunkan kepada DYAM Tunku Mahkota. Baginda turut berkenan untuk menghasilkan batu cincin daripada siput dan dijadikan cenderahati buat semua kakitangan istana Johor seperti yang dimiliki oleh baginda.

Pada perkongsian itu juga, turut dikongsikan gambar-gambar Sultan Ibrahim sedang meneliti batu-batu yang untuk dijadikan cincin kepada kakitangan istana. Malah difahamkan batu-batu untuk setiap kakitangan telah dipilih dan digilap sendiri oleh baginda sebelum dibentuk oleh tukang barang kemas peribadi baginda.

Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Meninjau di ruangan komen ramai rakyat jelata turut memuji dan kagum dengan kemurahan hati dan kebaikan baginda menghadiahkan cincin untuk kakitangannya dan menganggap kakitangan istana Johor begitu bertuah. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Wah untunglah kakitangan istana, jasa mereka berkhidmat dihargai oleh Sultan. Bukan semua orang tau dapat seperti ini.. “

” Cincin daripada Sultan sendiri, memang terbaik lah, murah rezeki baginda, bertuah smua pekerja istana Johor.. “

” Seronoknya, bukan senang tau, beruntung lah sapa yang bekerja dengan baginda, dilayan dan dihargai, alhamdulillah.. “

” Sultan Johor yg sgt pemurah disayangi rakyat lebih2 lg rakyat Johor, alhamdulillah.. Moga diperluaskan rezeki buat tuanku.. “

” Alhamdulillah, syukur menjadi anak jati Johor.semoga Allah permudahkan segalanya urusan buat Sultan Johor yg berhati mulia, amin.. “

” Syukur alhamdulillah, bertuah sungguh kakitangan yang dapat berkhidmat dengan Baginda Tuanku Sultan, cantiknya, lain dari yang lain batu tu.. “

Wah beruntung betul semua kakitangan istana, malah cincin yang bakal dimiliki mereka ini memang lain dari yang lain, dipilih dan digilap sendiri oleh Sultan Johor, memang terbaik lah. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Sultan Johor sentiasa dikurniakan limp4han rezeki dan panjang usia. Aamin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Officialsultanibrahim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT