Connect with us

Artis / Selebriti

“Cair terus dengar dia berzikir, anak yang bijak dan soleh ni.. ” – Netizen

Video Anak Betty Rahmad, Ardy Wira Sedang Berzikir Raih Pujian Ramai. Alahai Bijak Lah Wira, Lancar Bacaannya !!

Sering berkongsi video mengenai aktiviti dan telatah anaknya, Ardy Wira, perkongsian oleh Betty Rahmad di Instagram sering mencur1 perhatian ramai. Malah jangan tak sangka, Ardy Wira yang baru berusia 2 tahun lebih ini turut mempunyai ramai peminat yang setia mengikuti perkembangannya.

Terbaru, Betty ada memuat naik sebuah video yang memaparkan Wira sedang berzikir. Pada awal video tersebut, Betty telah menyuruh anaknya untuk berzikir. Perkongsian video Wira berzikir tersebut telah mendapat perhatian ramai peminat.

Ada yang menyatakan bahawa bacaan zikir Wira itu kedengaran sangat lancar dan ramai yang memuji Wira seorang anak yang bijak. Hal ini kerana, dengan usia baru 2 tahun lebih dia sudah petah bercakap dan telah menguasai pelbagai yang dipelajarinya dengan cepat.

Hingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 5 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Pada akhir video itu juga, kedengaran Betty sempat memberikan kata pujian buat anaknya setelah selesai berzikir.

Ikuti perkongsian video tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian video oleh Betty dan memuji kepintaran Wira. Antara komen-komen menarik adalah :

” Subhanallah Wira terang nye hati die. Cepat nye dapat menghafal sayang, semoga wira sentiasa sihat di samping Mummy dan Daddy.. “

” Pandainyaaaa ya Allah, good job Wira. Love u syg, nk lik kg opah bgtau yaa, nnti aunty mimie lik sana.. “

”  MashaAllah, bijaknya sungguh. Ibubapa yang soleh dan solehah yg mencorakkan anak2 dekat pada Allah, tahniah Betty.. “

” Lancarnya dia baca, tak padan dengan usia, comel tengok dia. Nampak Wira ni cepat belajar dan cepat pandai ni, smga jadi anak yang soleh ya sayang.. “

” Alhamdulillah, bijaknya anak soleh mummy ni, amalkan smpai ke dewasa tau Wira. Suka tengok video2 Wira, comel.. “

” Cair terus dengar dia berzikir, Wira ni memang anak yang bijak dan soleh. Moga terus jadikan amalan ya..”

” Terrlalu bijak dan makin handsome. Aunty doakan semoga Wira sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah swt.. “

Alahai handsome boy ni dah pandai berzikir, comel tengok gelagat dia berzikir. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Wira akan menjadi anak yang soleh, penyejuk hati mummy dan daddy selalu, amin.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Betty Rahmad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT