Artis / Selebriti
” Bukan saya hisap batu, bukan saya hisap dad4h.. ” – Hafiz Suip
Video Temubual Hafiz Suip Menjawab Isu Mengenai Penampilannya Yang Semakin Kurus Raih Perhatian Ramai. Ini Rupa-Rupanya Sebab Hafiz Kurus. Sama-Sama Kita Mendoakan Untuk Hafiz !!
Semalam, penyanyi Hafiz Suip telah muncul membuat persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends yang berlangsung di Mega Star Arena. Tampil menyanyikan single hits berjudul ‘Ku Akui’ ciptaan Ajai, persembahan Hafiz itu mendapat sorakan dan tepukan gemuruh daripada penonton yang hadir.
Selain Hafiz, konsert berkenaan turut menampilkan penyanyi hebat lain seperti Dayang Nurfaizah, Hazama, Aina Abdul dan Aufahanie. Meninjau di akaun Instagram milik Xtra, telah dikongsikan video temubual bersama Hafiz. Menerusi video itu, Hafiz disoal tentang perubahan fizikalnya yang semakin kurus sejak kebelakangan ini.
Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu dengan tenang berkata, tubuhnya semakin kurus kerana dia menjaga kesihatan dan kerap ke gimnasium. Selain itu, akui Hafiz lagi, tubuhnya semakin kurus juga disebabkan masalah tulang belakang atau slip disc yang dialami sejak tahun 2016.
Dalam masa yang sama, Hafiz menegaskan yang dirinya tidak pernah mengambil barang terlarang seperti mana yang didakwa oleh sesetengah pihak kepadanya. Perkongsian video ini telah menarik perhatian para peminat Hafiz dan menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang menyokong kenyataan yang diberikan Hafiz dan dalam masa yang sama turut mendoakan kesihatan Hafiz. Antara komen-komen warganet yang dapat kami kongsikan adalah :
” Semoga cepat sembuh.. Suami sy pn sama slipdisc dh bertahun… Mmg mengangggu pergerakkan… Ujian Allah Taala utk hambanya… Tiada lain yg dipinta,semoga sentiasa kekal sihat dan dipermudahkan setiap urusan… Aamiin… “
” Dari segi percakapan dia, betul la tu. Time aku cut sugar dulu2 auto mendadak turun berat badan. Dan ini la original dia kalau dia jaga makan Dan kesihatan pun terjaga.. “
” Manusia semua nak berkata kurus salah gemuk salah senang sikit mengata serabai org mengata. Adoii.. Berdosa lah siapa yang tuduh Hafiz macam2 tu.. “
” Ayokk tanggung la dosa korg sapa mngata hafiz macam2 sblum ni. Mulut orang… Boleh cakap apa nak cakap tapi bukan boleh berfikir. Hai manusia, manusia.. “
” Abaikan sahaja mulut2 puaka tu Hafiz, janji Hafiz terus sihat. Rasa terharu tengok kemunculan Hafiz semalam, semoga Hafiz terus ada dalam arena muzik tanah air.. “
” Agak2 lah nak tuduh pun.. Tengok gigi dia pun dah tahu lah dia tak hisap dad4h pun.. Orang kalau kaki hisap, cakap pun dah tak teratur tau. Semoga Hafiz sentiasa Di lindungi Allah swt. Aamiin ya robbal Alamin.. “
” Mmg slipdisc doktor Akan advice kita jaga berat badan.. kalau lebih kena turunkan.. jaga pemakanan.. org yg Ada slipdisc je tau seksa sakit tu Macam mana.. “
Alahai tak baik tuduh sebarangan, harap dengan pengakuan dan penjelasan daripada Hafiz ini akan membuat ramai yang tahu keadaan sebenar yang dialami oleh Hafiz. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan semoga Hafiz terus diberikan kesihatan yang baik dan berjaya dalam industri muzik yang diceburinya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG xtra_my, officialhafizsuip
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen