Artis / Selebriti
” Bini masuk air, laki pemalu. Adoi comel betul tengok, haha.. ” – Komen Netizen
Video Redza Rosli Bersama Isterinya, Bella Hanna Bermain Kuiz Edisi Hari Malaysia Buat Ramai Terhibur. Semangat Betul Bella Menyanyi. Redza Pulak Malu-Malu, Haha !!
Meninjau di akaun Instagram milik HABIB, telah dikongsikan video yang memaparkan pelakon Redza Rosli dan juga isterinya, Bella Hanna bermain satu kuiz edisi sempena Hari Malaysia. Menerusi video itu, kelihatan Bella tampil cantik dengan busana berwarna purple, manakala Redza pula berbaju melayu teluk belanga berwarna hijau lembut.
Pada awal video, pasangan ini diminta untuk meneka loghat dan dialek beberapa negeri. Redza dan Bella masing-masing begitu semangat meneka. Boleh dikatakan semua soalan mereka berjaya menjawabnya dengan betul. Dapat dilihat gelagat masing-masing yang mencuit hati.
Manakala pusingan kedua pula, Redza dan Bella diminta untuk menyambung lagu kemerdekaan. Antara lagu yang perlu dinyanyikan oleh mereka adalah Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang dan 1 Malaysia. Namun begitu, lagu-lagu ini hanya Bella sahaja berjaya menyanyi dengan betul.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang terhibur melihat telatah pasangan suami isteri tersebut ketika menjawab soalan kuiz. Sehingga kini, video Redza dan Bella menerima ratusan komen serta belasan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dan menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik dapat dikongsikan adalah :
” Bini masuk air, laki pemalu. Ad0i comel betul tengok, haha.. Antara pasangan yang paling aku suka tengok sebab humble sangat.. “
” Nampak sgt bini dia extrovert laki dia introvert.. Member dah segan dah bini hyper sangat, hahahaha btw comel tengok.. “
” Semangat betul bini dia, haahahahhahaa.. ” Ni konsert awak…” Pdhal sbb dia tatau lirik kan.. Comel la Bella ni. Terjoin skali ikut nyanyi tau.. “
” Bagus nya wife dia.. Confident tinggi.. Alamak tersuka pulak dengan pasangan ni.. Hope kekal bahagia hingga ke akhir hayat ok.. “
” Dah lah muka sama, jodoh kuat orang cakap.. Suka betul tengok dorang ni.. Wife Redza ni memang happy go lucky lah.. “
” Wehhh comel betul bini diaaaa. Dahlah dua dua muka samaaa.. Redza kau patut bangga dengan Bella, hehe semangat betul tengok.. “
” Dia kena macam ni baru seronok, hahaha.. Semangat btl wife Redza.. nasib baik comel smp hbs kita tgk tau.. “
Alahai semangat betul Bella menyanyi, Redza pula malu-malu. Ada yang mengatakan pasangan ini memiliki wajah seiras. Apa-apa pun semoga Redza dan Bella terus bahagia bersama serta rumahtangga mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG habibjewelsofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen

