Connect with us

Artis / Selebriti

” Bila power bertemu power terus melet0p. Gemersik weh.. ” – Netizen

Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Berduet Bersama Lesty Kejora Menyanyikan Lagu Sekali Seumur Hidup Raih Pujian Peminat. Wah Duet Paling Best Ni, Menyanyi Sambil Duduk Santai Pun Padu Lah !!

Meninjau akaun Instagram Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Lesty Kejora, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pertemuan mereka setelah bertahun tidak bertemu. Kesempatan ini digunakan untuk mereka beramah mesra dan menunaikan permintaan peminat.

Ramai yang meminta sebelum ini agar DS Siti berduet bersama Lesty menyanyikan lagu h1ts Lesty berjudul Sekali Seumur Hidup. Siapa tidak tahu dengan lagu berh4ntu oleh Lesty ini. Gemersik sungguh suara Lesty berduet pula dengan suara emas dari Malaysia, memang halwa telinga yang mendamaikan.

DS Siti seperti kebiasaannya, lagu apa jua yang dinyanyikan pasti akan dibawa dengan lenggoknya dan seperti lagunya sendiri. Lesty sendiri juga terpegun dengan kelunakan suara DS Siti. Bertep0k tangan Lesty pada hujung video.

Kata DS Siti, jika hendak dengar lebih lagi duet antara mereka berdua, mohon didoakan bakal ada kolaborasi pada masa akan datang. Wah kalau ada gandingan DS Siti dan Lesty, pasti bakal menjadi lagu siulan ramai.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun meraih lebih 200 ribu tanda suka dan ribuan komen daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Masya Allah sedapnya suara, penyanyi idola saya ni Tokti dan Lesty. Semoga sukses terus dan semoga menjadi kenyataan untuk kolaborasinya.. “

” Bismillah semoga ada kolaborasi 2 diva ni. Mudah-mudahan ada lagu duet baru untuk mereka berdua.. Aamin.. “

” Merdunya duet tokti dan Lesty ni. Semoga betul-betul keluar single duet nanti ye. confirm gah dan hebat menjadi siulan nusantara.. “

” Suara emas betul lah dua ni, nyanyi sambil duduk dan santai-santai ke pun suaranya tetap bagus.. “

” Serius merinding rasa dengar suara tokti dan lesty ni. tak sabarnya nak tunggu lagu duet tokti dengan lesty.. “

” Akhirnya dapat dengar tokti berduet dengan lesty. Bila power bertemu power terus melet0p.. gemersik weh.. “

” Dua-dua suaranya sangat mahal dan merdu. Setuju sangat kalau tokti dan lesty adakan konsert bersama.. “

Dengar sedikit sebegini memang tak puas rasanya. Andai benar ada kolaborasi antara DS Siti dan Lesty tentu melet0p lagunya. Semoga kedua-dua figura hebat ini success selalu dalam kerjaya masing-masing.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ctdk, IG Lesty Kejora

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT