Artis / Selebriti
” Bila nampak playground ucapkan.. ” – Arif Jiwa

Video Gelagat Arif Jiwa Bila Melihat Playground Dari Dalam Kereta. Subhanallah, Walaupun Pelat Tetapi Buat Ramai Peminat Memuji Usahanya. Terbaik ArifΒ !!Β
Wajah si cilik bernama Arif Jiwa ini antara yang digemari ramai peminat. Anak kepada Tya Arifin dan Asyraf Khalid ini juga merupakan cucu kepada Datuk Seri Khalid Jiwa, suami penyanyi tersohor negara Dato’ Siti Nurhaliza. Arif turut dibukakan akaun sosial Instagram seperti anak selebriti lain oleh ibunya Tya.
Sehingga kini, akaun di bawah nama Arif Jiwa Asyraf sudahpun mengumpulkan seramai 849 ribu pengikut. Telatah Arif yang banyak mulut seperti ibunya sering menarik perhatian peminat. Tya yang berasal daripada Indonesia membuatkan percakapan Arif juga ada kedengaran slang negara asal Tya itu.
Arif juga mempunyai hubungan yang akrab dengan anak Dato’ Siti, Siti Aafiyah. Gelagat mereka berdua ketika percutian keluarga beberapa bulan lalu juga mencur1 tumpuan peminat. Bermain dan berkaraoke bersama-sama buat seluruh keluarga terhibur dengan telatah Arif dan Aafiyah.
Meninjau akaun Instagram Arif Jiwa Asyraf, telah dikongsikan satu video yang menunjukkan gelagat Arif yang terlihat sebuah playground dari dalam kereta. Arif dengan nada beria-ria memanggil ibunya sambil jarinya menunjukkan playground itu dengan penuh excited. Apa yang menarik perhatian adalah ungkapan dari mulut si kecil ini.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Arif ini meraih perhatian peminat. Alahai comel je sebut Masya Allah tu berulang-ulang kali. Antara komen-komen mereka :
” Anak2 sekecil Arif mudah mengikuti apa yg mereka lihat, apa yg mereka dgr. bila lingkungan mereka p0sitif, berkata yg baik2, maka mereka turut sama… Comel Arif.. “
” Ya Allah ariffff , pandainyaaa awak ni.. “
” Comelnya masyaAllah banyak banyak ibu.. “
” Subhanaallah…. Semoga Allah memelihara syg arif dunia akhir4t yea bersama ibu ayah yg sgt2 menjaga tatasusila agama kita….. Aaminnn.. “
” Ya Allah didikan yang bagus dari mak dan ayah. Cerdik Arif.. “
” Bijak, cute and handsome lah Abang Arif ni.. “
” MashaAllah comel nya Arif bijak lak tu.. “
Alhamdulillah sebutan yang baik daripada si cilik ini. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Segalanya bermula daripada rumah dan ibu bapa perlu mencorakkan anak-anak sebaik mungkin. Semoga Arif membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berguna buat kedua ibu bapa kelak. Aamin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Arif Jiwa Asyraf
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Apa yang saya diuji ni kecil sahaja, seperti apa dia diuji sebelum ini nothing, compares what she went through.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen