Artis / Selebriti
” Bila masuk part duet tu ishhhh amazing, tak tahu nak habaq.. ” – Netizen

Persembahan Duet Dato’ Sri Siti Nurhaliza Dan Aina Abdul Di Pentas Big Stage Buat Ramai Yang Kagum. Fuh Suara Memang Power Lagi-Lagi Part Last Tu. Ngam Betul Paduan Suara Tokti Dan Aina !!
Rancangan realiti TV Big Stage telahpun melabuhkan tirainya malam tadi. Sebagaimana yang semua tahu, Angelica Paujin berjaya meraih kutipan mata tertinggi dan melayakkan dirinya bergelar juara untuk Big Stage edisi kali ini.
Persembahan semuanya cukup padu daripada kesemua finalis. Penonton juga disajikan dengan persembahan khas daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Aina Abdul. Meninjau akaun Instagram Astro Gempak, sedutan video ketika Dato’ Siti dan Aina menyanyi dikongsikan.
Sebagaimana yang dijangka, paduan suara emas ini membuatkan ramai yang terhibur. 2 lagu didendangkan iaitu Purnama Merindu dan Semalam. Dimulai dengan Aina membawakan lagu Purnama Merindu, Dato’ Siti menggamatkan lagi suasana dengan caranya tersendiri membawakan lagu Semalam.
Sama hebat, itu yang dapat dikatakan untuk 2 bakat besar ini. Aina juga ada berkongsikan di Instagramnya mengatakan perancangan duet ini cuma dirancang kurang daripada seminggu dan ianya berjaya dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 36 ribu tontonan direkodkan untuk video persembahan tersebut setakat ini. Rata-rata peminat memuji kelunakan suara Dato’ Siti dan Aina. Antara komen-komen peminat :
” Tokti nyanyi lagu ape pun sedap, lagu orang ke.. lagu dia ke.. no one can beat her. Aina pun padu suara. dua-dua terbaik.. “
” The Queen Siti Nurhaliza with The Next Nurhaliza.. Power… Salute. Tak tau nak cakap Part ni Buat 2 Lagu ni Jadi Lebih BerNy4wa Dan Nak Menang1s lah.. “
” Duet of the night. Practice sekejap je tapi melet0ppp no syahtu. Ini baru best.. high note yg tk membing1tkan… ctdk the best. Tarik tinggi note tu pun sedapp nye dgr.. “
” Nak nang1s, the best performance tonight. Queen DSCT & Queen AA. Sedapnya suara tokti.. aina pun sedap. Nampak sgt ekspresi aima suka dgr suara tokti.. “
” Persembahan duet yg terbaik.. Kalau ada konsert mcm ni.. Brp mahal tiket pun sy sanggup beli. dato ct nye voice mmg padu bg je la ape lagu mmg die padu bawak.. “
” Bila masuk part duet tu ishhhh amazing.. tak tahu nak habaq. Dua-dua padu, nang1s tengok persembahan ni. Padu ter0k.. “
” Suka part yang mashup last tu, bapak ar sedap. Well blend sangat part last tu, boleh dengar suara tokti dengan aina memang boleh blend dalam satu lagu.. “
” Satu anugerah daripada Allah. Cantik paduan suara Dato Siti dengan Aina. Rasa nak nang1s dengar. Naik bulu roma saya bila dengar tokti nyanyi lagu Semalam. Sump4h best sangat, macam lagu sendiri tokti bawak.. “
Siapa yang tidak terpegun dengan persembahan ini, generasi berbeza namun ada keunikan suara tersendiri. Semoga bakal ada duet pada masa hadapan antara Dato’ Siti dan Aina. Teruskan berkarya dan menghiburkan semua peminat seni tanahair Aina dan Dato’ Siti.
Jom tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, IG Ctdk, IG Aina Abdul, Youtube Channel Astro Ria
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Berat nanang mu Zan, macam tu je panggil. Haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 weeks ago
” Aku 0bses betul, dia speaking sedap dengar. Accent dia, cair weh.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Part ni tengok banyak kali pun still berdekah. Berani betul kenakan Ajai, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Contoh seorang wanita yang hebat, ibu yang hebat dan anak-anak yang hebat.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 weeks ago
” Ad0i kelakar jugak Watie ni. Aku ulang-ulang tengok, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Zaman abah, gantung CD dekat leher. Zaman anak, gantung segulung ijazah.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti2 weeks ago
” Kita yang baca pun berjurai air mata, ini kan pula Uchee yang menanggung.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” C0py paste Amy Search laa, handsome boy sangat ni.. ” – Netizen