Artis / Selebriti
” Bila lupa lirik baru nampak dia menyengih comel macam tu, haha.. ” – Netizen
Video Amir Sisi Lupa Lirik Ketika Menyanyi Lagu Raya Di Atas Pentas Buat Ramai Terhibur. Nasib Ada Kakak Emcee Tolong ‘Selamatkan’. Comel Betul Reaksi Muka Amir Bila Lupa Lirik Tu. Siap Garu Kepala, Haha !!
Nama Amir Sisi mula dikenali ramai setelah dinobatkan sebagai juara bagi program The Chosen One musim pertama pada tahun lalu. Selepas kemenangan tersebut, Amir banyak mendapat jemputan untuk membuat persembahan nyanyian dan ramai yang menyukai nyanyian Amir.
Terbaru, meninjau di akaun Tiktok milik Sang Saka Bangsa telah dikongsikan video yang memaparkan Amir membuat persembahan di Majlis Sambutan Hari Raya bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi beberapa hari lalu.
Menerusi video tersebut, Amir menyanyikan lagu Hari Raya bertajuk ‘ Suasana Hari Raya’ . Namun begitu ada perkara yang mencuit hati terjadi apabila Amir terlupa lirik lagu itu. Malah, sempat Amir membuat reaksi comel dan menggaru kepala untuk mengingati semula lirik.

Kejadian tersebut sempat ‘diselamatkan’ oleh kakak emcee. Emcee tersebut menghampiri Amir di atas pentas dan memberitahu lirik kepada Amir dan mereka menyanyi bersama. Video Amir terlupa lirik ini telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@sangsakamelayu Adik Amir boleh lupa lirik pula 😄#sangsakabangsa
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai video nyanyian Amir tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bila lupa lirik baru nampak dia menyengih comel macam tu, haha.. Emcee ank penyanyi lama datuk yusni hamid suara mmg sedap.. “
” Lagu raya kena mood dikkk… Macam susah hati je tu, hahaha.. Amir ni kalau tak buat lawak pun dah memang lawak.. “
” Payment kena kongsi la dik ngn akak emcee.. Hahahahahahahaha.. Adikkkk ni kan raya, kenapa tak happy adik.. “
” Mmg part susah tu, sbb ketupat kdg2 cecah ngan serunding or sambal.. Kena belajar mcm artis senior.. Bila lupa lirik hulur mic kat penonton.. “
” Kalau dia teruskan jadi “ketupat rendang jgn dinimati kawan’ haha.. Dalam lupa lirik pun nyanyi maintain sedap.. “
” Mesti tengah penat tu, hehe.. Tengok orang lain makan tapi dia kene nyanyi.. Lagu 2 org dia cover sorang mmg nak lupa tuu akan terjadi laa.. “
” Suara tetap merdu walau mulut tk teebuka luas…terbaik lh adik Amir.. Semoga terus maju jaya ya.. Makcik suka suara Amir.. “
Mungkin Amir agar gementar, lagi-lagi apabila Amir dikehendaki menyanyi di hadapan ribuan orang yang hadir ke majlis tersebut. Apa-apa pun semoga Amir terus maju jaya dalam kerjayanya dan segala urusan Amir dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sangsakamelayu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Salute abang Norman, dia perbaiki kesilapan dia. Best ayah dan anak rapat macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby nak bukak pun susah mummy. Baby bukak sampai tenaga baby hilang mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Risau terpelanting kepala tu Kak Lina oiii. Aku pulak yang mengah tengok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” When I love your mum, I also need to get your permission.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” If we don’t get to meet you again in this dunya, Insha Allah we will.. ” – Ibu Aliff Aziz



