Connect with us

Artis / Selebriti

” Geramnya tengok muka dia, macam anak orang Korea.. ” – Netizen

Nadzmi Adhwa Kongsi Throwback Video Anak Keduanya, Urwa Uthman Affan Ketika Berusia 3 Bulan Curi Perhatian Warganet. Alahai Nama Timangan Uthman Tu Comel Sangat, Pandai Kakak Urwa Bagi Nama Dekat Adik Dia !!Β 

Umum mengetahui yang pelakon Nadzmi Adhwa telah mendirikan rumahtangga bersama Ardell Aryana yang juga merupakan seorang pelakon. Kisah percintaan mereka sebelum ini menjadi perhatian kerana mereka asalnya bersahabat baik.

Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Arwa Malaikha Urwa pada tahun 2020 dan pada bulan Julai tahun lalu, Ardell selamat menimang cahaya mata keduanya yang diberi nama Urwa Uthman Affan.

Klik gambar untuk info..

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Nadzmi, telah dikongsikan video throwback ketika Urwa Uthman berusia 3 bulan. Tulis Nadzmi meminta para peminatnya untuk follow akaun Instagram Urwa Uthman yang baru diwujudkan. Selain itu, Nadzmi berkongsi nama timangan Urwa Uthman iaitu ‘Cuman’ .

Perkongsian video itu juga menarik perhatian warganet. Ramai yang geram melihat kecomelan Uthman ketika berusia 3 bulan. Akui mereka, wajah Uthman seperti anak orang Korea dan mirip seperti Ardell. Sehingga kini, video Uthman berusia 3 bulan menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video terbaru Uthman dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Geramnya tengok muka dia, macam anak orang Korea.. Anak saya pun nama Uthman, nama panggilan dia pun Cuman juga, hehe.. “

” Masha Allah comelnyaa awak.. Pipi merah2, geram betul tengok.. Rasa macam baru je tengok video ibu dia bersalinkan dia.. “

” Comel, nak tengok Cuman sekarang, hehehe.. Nampak muka Cuman copy paste maknya betul.. Hehehe dua2 anak dah ikut muka mak.. “

” Hahaha Cuman panggilan kat pk sdara sy.. Comel anak Nadzmi, suka betul tengok anak-anak awak, comel semuanya.. “

” Muka mak betul hat ni.. Comei Cuman.. Moga membesar menjadi anak yang soleh ya sayang buat abi dan ummi awak.. “

” Cuman dah besar sekarang, hehe rambut Cuman kerinting macam daddy lah, hahahaa.. Tapi muka ikut mummy nya.. “

” Selamat Hari Rayaaaa Adhwa & Kak Ardell sekeluarga.. Comelnya, assalamualaikum Cuman.. Putih gebu betul kulit dia.. “

Klik gambar untuk info..

Alahai comel sungguh nama timangan Uthman, pandai kakak Urwa bagi nama manja dekat adiknya. Apa-apa pun, semoga anak-anak Nadzmin dan Ardell ini terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang soleh dan solehah buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG nadzmiadhwa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT