Artis / Selebriti
” Bijaknya dia, comel sangat-sangat.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Harris Annuar, Aura Medina Tidak Membenarkan Bapanya Berjoget Di Hadapan Cermin Buat Ramai Terhibur. Amboi, Bijak Sangat Aura Ni. Comel Sangat Aura Geleng-Geleng Kepala !!
Meninjau ke akaun Instagram Harris Annuar, perkongsian sebuah video yang memaparkan Harris mendukung anaknya, Aura Medina telah meraih perhatian ramai. Bukan sekadar wajah Aura yang comel tetapi reaksi Aura ketika bapanya hendak mula berjoget membuatkan ramai terhibur.
Video tersebut pastinya dirakamkan di dalam sebuah pasaraya dan di hadapan sebuah cermin besar. Apabila sudah adanya cermin, pastinya mula terasa ingin berbuat bermacam-macam gaya di hadapannya. Harris mula hendak berjoget di hadapan cermin.
Belum sempat Harris bergoyang dengan lebih banyak, Aura sudah mula memberikan hint dengan mengeleng-gelengkan kepalanya. Gelagat Aura ini seolah-olah tidak membenarkan bapanya untuk berjoget. Amboi, siap geleng kepala tanpa henti tu.
Perkongsian video ini telah menerima lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang menyatakan wajah Aura kini lebih banyak seiras dengan wajah ibu Harris iaitu Zaiton Hassan atau mesra dipanggil Kak Ton.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila melihat gelagat Aura. Antara komen-komen yang diberikan :
” Mix betullllll baby.. comey do oh , macam teddy bear.. MasyaALLAH… TabarakALLAH… dah pandai geleng2 kepala plak si comel gebus gebas ni…. Ilmu baru ni… “
” Bby muka mcm kakton Comel sngt dik bby. Boleh jd model iklan susu n pampers. Geram nk ggit ppi tu. Versi kecikkk. Comellllll.. “
” Macam muka opah dia.. kak ton.. Arabian sgt.. Comelllk nya MasyaAllah Mcm Anak Patung.. Masyaalah comel n so intellligent baby.. “
” Mcm anak mat saleh Aura ni. Geram tgk kegebuan dia. Carbon copy betul dgn wajah mommy. Eh comelnyaaa, gebu. Semoga besar dgn sihat aura medina.. “
” Bijaknya dia comel2 sangat.. GERAM.. Hehehe sama ngn ank sy suka geleng² kepala skrg.. alah geramnya cute betul medina.. “
” Comel betul awk ni medina.Acik cubit2 kang lebihan2 daging 2… muka kak ton sebijik, comel ya Allah.. Semangatnya dia..comelnya la hai.. “
” Dia dukung kak Ton ke tu.. Boleh tau tu cucu kak ton.. Ade iras opahnya.. Bdk sabun ni laaaaahhh letak dia dkt air lpstu anty gosok2 dia! Haaa baru tau! Geram sungguh.. “
Geram sungguh melihat wajah comel Aura dengan pipinya yang labuh serta berkulit putih gebu. Nampaknya Aura kini sudah pandai memberikan reaksi tidak suka. Semoga Aura Medina membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Amin
Silakan SHARE..
Sumber : IG Harris Annuar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen