Artis / Selebriti
” Beriya penyanyi seorang ni.. ” – Sari Yanti

Video Dariya Inara Syok Menyanyi Sendiri Sambil Tersengih-Sengih Mencuit Hati Peminat. Amboi Muka Cheeky Dia Tu Ger4m Betul. Comel Sungguh !!
Diberi nama sebagai Dariya Inara, anak sulung bagi pasangan Jep Sepahtu dan Sari Yanti ini antara yang sering disebut-sebut peminat. Memiliki wajah cerah dan mata yang besar seperti mamanya, Dariya sering menjadi tumpuan ramai.
Menghitung hari untuk bergelar kakak kerana Sari yang kini sedang menunggu hari bersalin, Dariya semakin banyak kerenah dan akalnya. Menjadi kesayangan Abah Jep, Dariya banyak mewarisi wajah abahnya ini sepertimana kata peminat, sebijik seperti Abah Jep.
Sebagaimana anak kecil lain, Dariya juga suka bermain dan menyanyi seorang diri sekiranya tidak mempunyai teman bermain. Normal bagi anak-anak yang sedang membesar seangkatan umur dengan Dariya, pasti banyak aksi yang melucukan dilakukan sebagai tanda sel otak yang sedang berhubung.
Menerusi akaun Instagram, Sari Yanti telah berkongsikan satu video yang memaparkan gelagat Dariya Inara yang sedang seronok menyanyi sendirian. Suaranya yang tidak berapa jelas kedengaran hanya berbutir perkataan di hujung ayat buat peminat tersenyum.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Dariya ini mendapat perhatian ramai. Antara komen-komen mereka :
” Alaololo cute sangat aihhh.. “
” Wahhh.. Kemain eh kakak.. “
” Alahai comel nyerr dia nyanyi.. “
” Nak jadi kakak daa dariya… Syomell.. “
” Nak jadi penyanyi ke.. Comel lah.. “
” Aishhhh boleh dah jadi penyanyi ni hahaha.. “
” Pandainye dia nyanyi ye.. “
Alahai comel sangat gaya menyanyi Dariya ni. Bergoyang-goyang badannya. Nyanyi sama banyak dengan goyangnya. Kelakar macam abah Jep sangat Dariya ni. Apa pun, semoga Dariya membesar dengan sihat dan sempurna. Selamat bersedia untuk jadi bakal kakak Dariya !
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sari Yanti
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Merah muka YB kena usik dengan UAI, sampai telinga semua merah. Macam bau nasi minyak sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus berderai air mata saya tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Ya Allah pilu rasa hati ni tengok keadaan kereta mangsa. Terbayang macam mana diorang nak selamatkan diri.. ” – Komen Netizen