Artis / Selebriti
” Berdekah aku tengok Sam lari, haha. Hilang macho bang.. ” – Netizen
Video Gelagat Shaheizy Sam Apabila Kena Tebuk Ngaji Dengan Qawiy Aro Dalam Rancangan MeleTOP Buat Penonton Terhibur. Adui Polis Evo Pun Lari Weh Bila Ajak Taranum. Spontan Betul Sam. Terpinga-Pinga Qawiy Dibuatnya, Haha !!
Sekarang sedang hangat ditayangkan di kaca TV Mega Drama berjudul Takdir Itu Milik Aku lakonan hebat Shaheizy Sam dan Emma Maembong. Pasangan pelakon ini telah pun dijemput ke studio MeleTOP Moreh pada minggu ini dan banyak kejadian menarik berlaku terutamanya ketika Qawiy Aro masuk.
Meninjau ke akaun Instagram MeleT0P, telah dikongsikan sedutan video ketika Sam membuat tindakan yang tidak diduga ketika Qawiy tebuk ngaji. Seperti biasa, Qawiy meminta Sam menyambung bacaannya dan kali ini surah pilihan Qawiy untuk Sam adalah surah Ad-Dhuha.
Muka Sam kelihatan sedikit cuak tetapi bacaan tetap Sam teruskan dalam teragak-agak ianya betul atau tidak. Namun begitu bacaan Sam tetap berlagu. Apabila Qawiy mengajak Sam untuk bertaranum, mula keluar perangai ‘masuk air’ si Sam ini.

Sam secara spontan bangun dan berlari ke arah pemuzik di hujung pentas sambil menyebut perkataan ‘bye’ . Adui lah Sam, inspektor polis Evo pun takut dengan Qawiy apabila kena bertaranum. Sesiapa sahaja akan berasa gementar berada di situasi Sam.
Jom tonton video di bawah ( video penuh di hujung artikel ) :
Sehingga kini, lebih 12 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aduhh hilang macho bos haha.. nape lari bang.. Lari pecut macam penyamun dengan Jaybon haha.. ”
” Kenapa Inspector Khai boleh lari ni haha.. hahahhaa 10x saya ulang biar pnat shahiziey sam lari… dlm drama jahat sgt knn … amikkkk haha.. ”
” Aku tengah geram dengan zarif nii. Tebukkk jee haha.. Weyy sape tgk lebih 1x? Ape comel sgt shaheizy sam tu hahahhaa. perangai salama sangat ni haha.. ”
” Wei dia lari macam anak aku umo 3 tahun bile suruh mandi dia akan lari sambil cakap “bye” haha.. patut lah anak bapak si salama peel macam ni, ikut bapak rupanya haha.. ”
” Aduh tak macho laa Inspektor Khai haha.. sumpah tergelak aku tengok perangai si Sam ni. Syeriv tengok pak hang ni haha.. ”
” Cuak terus bila orang ajak taranum haha. Fuh hampir terbakar dia tadi haha.. adoi sam sam, lucu.. ”
” Berdekah aku tengok sam lari haha. Lari sambil cakap bye haha.. dia lari macam arwah P Ramlee dalam cite madu 3.. ”
” Saya bersangka baik.. mungkin shaheizy_sam tak sedap perut tu plus xsedap hati jugak tu haha.. mana mau lari bang, cute sangat lari macam tu.. ”

Gelagat Sam yang cuba untuk melarikan diri daripada Qawiy membuatkan penonton terhibur. Nak lari jauh pun tak boleh Sam, studio pun bukan besar sangat. Apa-apa pun, sedap suara Sam mengaji, siap dengan berlagu. Semoga Shaheizy Sam success selalu dalam kerjaya dan lebih murah rezeki.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Meletop, Youtube Channel Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden



